Connect with us

Terkini

Ka Siong dakwa Fadhlina tidak peduli isu pendidikan Cina

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Dari kiri Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri  Dr Wee Ka Siong & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang tidak menjawab isu pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) secara lisan di Dewan Rakyat menunjukkan seolah-olah beliau tidak peduli perkara itu.
  • Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, beliau membangkitkan tiga isu berkaitan pendidikan Cina pada 22 Oktober lalu, namun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng memberi alasan Kementerian Pendidikan akan memberi jawapan bertulis berhubung isu terbabit.
  • “Berapakah jumlah peruntukan untuk sekolah vernakular bagi tahun 2024, dan bagaimana pula peruntukan untuk tahun 2025?
  • “Adakah ‘Derma & Bina’ merupakan dasar baru kerajaan untuk SJKC? Apa justifikasinya?
  • “Apakah status perkembangan mengenai 10 sekolah baru dan 6 sekolah yang berpindah yang telah diluluskan sebelum tahun 2017 oleh Menteri Pendidikan? ” kata Ka Siong dalam hantaran Facebooknya pada Isnin.
  • Ka Siong mendakwa Fadhlina langsung tidak menyentuh isu-isu SJKC ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Belanjawan 2025 bagi Peringkat Dasar.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang tidak menjawab isu pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) secara lisan di Dewan Rakyat menunjukkan seolah-olah beliau tidak peduli perkara itu.

Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, beliau membangkitkan tiga isu berkaitan pendidikan Cina pada 22 Oktober lalu, namun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng memberi alasan Kementerian Pendidikan akan memberi jawapan bertulis berhubung isu terbabit.

“Berapakah jumlah peruntukan untuk sekolah vernakular bagi tahun 2024, dan bagaimana pula peruntukan untuk tahun 2025?

“Adakah ‘Derma & Bina’ merupakan dasar baru kerajaan untuk SJKC? Apa justifikasinya?

“Apakah status perkembangan mengenai 10 sekolah baru dan 6 sekolah yang berpindah yang telah diluluskan sebelum tahun 2017 oleh Menteri Pendidikan? ” kata Ka Siong dalam hantaran Facebooknya pada Isnin.

Ka Siong mendakwa Fadhlina langsung tidak menyentuh isu-isu SJKC ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Belanjawan 2025 bagi Peringkat Dasar.

Presiden MCA itu berkata beliau telah berulang kali membangkitkan isu SJKC di Parlimen, namun Menteri Pendidikan tetap tidak menjawab secara lisan di Dewan Rakyat menunjukkan seolah-olah beliau tidak peduli.

“Kali ini, Menteri Pendidikan langsung tidak menyentuh isu-isu pendidikan SJKC yang saya bawa dan ini amat mengecewakan,” kata Ka Siong.

Beliau turut mengingatkan bahawa Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan besar pengundi Cina dalam pilihan raya lalu dan mempersoalkan adakah ini ganjaran yang diterima komuniti Cina.

Ka Siong berharap lebih ramai Ahli Parlimen bersuara untuk menuntut Menteri Pendidikan memberi perhatian terhadap isu pendidikan Cina.

“Jangan biarkan Menteri Pendidikan dilihat berterusan tidak menghiraukan perkara ini. SJKC, SJKT, SABK dan sekolah mubaligh adalah sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Adakah ia mahu dinafi dan dipinggirkan?”, kata Ka Siong. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *