Connect with us

Antarabangsa

Houthi serang kapal induk AS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: USS Abraham Lincoln
  • Kumpulan Houthi Yaman melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln di Laut Arab pada Selasa.
  • Jurucakap Houthi, Yahya Saree dalam kenyataan di platform X dipetik RT berkata, serangan kedua menyasarkan dua kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah, turut dilancarkan.
  • Jurucakap Houthi itu berkata serangan pada Selasa melibatkan “sebilangan peluru berpandu krus (cruise missile) dan dron” dan dilakukan “semasa musuh Amerika sedang bersiap sedia untuk menjalankan operasi permusuhan” menyasarkan Yaman.
  • Houthi dilaporkan menambah senarai tuntutan mereka untuk menamatkan “pencerobohan Israel” terhadap Lubnan selain menuntut rejim menamatkan perang genosid ke atas Gaza.
  • Kumpulan Houthi Yaman sebelum ini melancarkan serangan ke atas mana-mana kapal yang ada kaitan dengan Israel yang melalui Laut Merah sebagai desakan dan solidariti ke atas Gaza, Palestin yang diserang rejim zionis sejak 7 Oktober tahun lalu.

Kumpulan Houthi Yaman melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln di Laut Arab pada Selasa.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree dalam kenyataan di platform X dipetik RT berkata, serangan kedua menyasarkan dua kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah, turut dilancarkan.

Jurucakap Houthi itu berkata serangan pada Selasa melibatkan “sebilangan peluru berpandu krus (cruise missile) dan dron” dan dilakukan “semasa musuh Amerika sedang bersiap sedia untuk menjalankan operasi permusuhan” menyasarkan Yaman.

Menurut Saree, kumpulan itu “mencapai matlamatnya dengan jayanya” dan serangan udara tentera AS telah “digagalkan.”

Kedua-dua operasi itu berlangsung selama lapan jam, katanya.

Houthi dilaporkan menambah senarai tuntutan mereka untuk menamatkan “pencerobohan Israel” terhadap Lubnan selain menuntut rejim menamatkan perang genosid ke atas Gaza.

Ia menyalahkan AS dan United Kingdom (UK), yang telah melancarkan serangan besar-besaran ke atasnya, kerana “mengubah wilayah Laut Merah menjadi zon ketegangan tentera” dan untuk “kesan ke atas pelayaran maritim” berikutnya.

Setakat berita ini ditulis, Tentera Laut AS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan yang dikatakan ke atas kapal induknya itu.

Kumpulan Houthi Yaman dilaporkan melancarkan serangan ke atas mana-mana kapal yang ada kaitan dengan Israel yang melalui Laut Merah sebagai desakan dan solidariti ke atas Gaza, Palestin yang diserang rejim zionis sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *