Connect with us

Antarabangsa

Mukaab, Kiub gergasi Arab Saudi terbesar dunia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
  • Mukaab adalah sebahagian daripada projek mega Arab Saudi dengan tawaran lebih daripada 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel dan lebih 980,000 meter persegi ruang runcit serta 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 aset rekreasi 1.8 juta meter persegi ruang khusus untuk kemudahan komuniti.

RIYADH – Pembinaan projek mega Mukaab atau kiub gergasi yang bakal menjadi mercu tanda baharu Arab Saudi dilapor sedang dibina.

Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.

Di dalam Mukaab terdapat sebuah menara yang akan menjadi tempat kediaman, membeli belah, pelancongan dan perniagaan. Menara ini mempunyai keluasan lantai 25 juta meter persegi dengan mampu memuatkan ruang yang setara dengan 20 bangunan Empire State.

Mukaab adalah sebahagian daripada projek mega Arab Saudi dengan tawaran lebih daripada 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel dan lebih 980,000 meter persegi ruang runcit serta 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 aset rekreasi 1.8 juta meter persegi ruang khusus untuk kemudahan komuniti.

Reka bentuk Mukaab dengan kemudahan pertama seumpamanya, bakal menjadi antara struktur binaan terbesar di dunia dengan ketinggian 400m, lebar 400m dan panjang 400m.

Projek ini memainkan peranan penting dalam Wawasan 2030 Arab Saudi, yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan pergantungan kepada minyak.

Selaras dengan visi ini, pembangunan akan menjana pekerjaan, menarik perniagaan antarabangsa dan mewujudkan persekitaran bandar hijau.

Dengan menyepadukan teknologi dan kemampanan, Mukaab akan menetapkan standard baharu untuk kehidupan bandar, menjadikan Riyadh destinasi untuk inovasi dan budaya.

Sebelum ini, perancangan ‘Kaabah komersial’ itu bukanlah langkah ke arah identiti kebangsaan baharu yang tidak lagi terikat dengan agama. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *