Terkini
JAKIM, MKN cadang perkahwinan pelarian asing didaftarkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan supaya perkahwinan pelarian asing di negara ini didaftarkan.
- Ia dikemukakan menerusi kertas cadangan secara bersama membabitkan JAKIM dan MKN ketika mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-72 hari ini.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kertas cadangan itu dikemukakan selepas mengambil kira kewujudan kira-kira 190,000 pelarian di negara ini, termasuk dari Rohingya, Syria dan Palestin.
- Na’im berkata permasalahan timbul apabila pelarian itu berkahwin, namun mereka tidak mempunyai sebarang dokumen dan seterusnya mempunyai anak serta menetap di negara ini.
- “Ia akan menimbulkan masalah sosial… atas sebab itu kita rasa ada keperluan untuk pastikan perkahwinan mereka didaftarkan di Malaysia,” katanya dipetik Berita Harian selepas mesyuarat itu hari ini.
- Mohd Na’im berkata selepas ulasan dan pembentangan, MKI bagaimanapun bersetuju menangguhkan dan membawa cadangan terbabit ke mesyuarat akan datang iaitu antara November atau Disember ini.
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan supaya perkahwinan pelarian asing di negara ini didaftarkan.
Ia dikemukakan menerusi kertas cadangan secara bersama membabitkan JAKIM dan MKN ketika mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-72 hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kertas cadangan itu dikemukakan selepas mengambil kira kewujudan kira-kira 190,000 pelarian di negara ini, termasuk dari Rohingya, Syria dan Palestin.
Na’im berkata permasalahan timbul apabila pelarian itu berkahwin, namun mereka tidak mempunyai sebarang dokumen dan seterusnya mempunyai anak serta menetap di negara ini.
“Ia akan menimbulkan masalah sosial… atas sebab itu kita rasa ada keperluan untuk pastikan perkahwinan mereka didaftarkan di Malaysia.
“Apabila perkahwinan ini didaftarkan, mereka ini layak terima sesuatu keistimewaan,” katanya dipetik Berita Harian selepas mesyuarat itu hari ini.
Mohd Na’im berkata selepas ulasan dan pembentangan, MKI bagaimanapun bersetuju menangguhkan dan membawa cadangan terbabit ke mesyuarat akan datang iaitu antara November atau Disember ini.
Beliau berkata ia ditangguhkan kerana ada isu sensitif terutama membabitkan konteks keselamatan.
“Kertas cadangan itu ditangguhkan untuk diharmonikan, lihat pada aspek keselamatan dan akan dibawa semula nanti.
“Sebarang cadangan dikemukakan di peringkat MKI akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenan, selepas itu ia akan dapat kuasa tertinggi berkaitan dengan isu agama Islam,” katanya.
Pada 2023, media melaporkan lambakan kes warga Rohingya memilih berkahwin secara nikah koboi atau lebih dikenali sebagai nikah ekspres di negara ini berpunca daripada masalah kewarganegaraan.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Moktar Salleh berkata situasi itu berlaku apabila pasangan tersebut bukan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Malah, nikah koboi itu dipilih apabila warga Rohingya mahu berkahwin dengan orang tempatan atau warga Indonesia kerana lebih mudah berbanding cara sah yang rumit dan memakan masa lama.
Beliau berkata ketiadaan status kewarganegaraan sah menyukarkan pihak berkuasa agama negeri untuk mengeluarkan sijil nikah rasmi terhadap pasangan Rohingya itu.
Ketiadaan surat nikah rasmi pula menyebabkan anak-anak dilahirkan sukar disahtarafkan sehingga terpaksa dinasabkan dengan bin atau binti Abdullah atau mana-mana nama Asmaul Husna.
Selain itu, jika berlaku perceraian, bekas isteri hilang hak menuntut nafkah kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan dengan undang-undang syariah negara ini. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel