Connect with us

Terkini

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak halang bukan bumiputera masuk UiTM – Lawyers for Liberty

Tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tidak berperlembagaan, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek.
  • Tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tidak berperlembagaan, kata Lawyers for Liberty (LFL).
  • Pengarah LFL, Zaid Malek berkata Perkara 153(2) membenarkan Raja untuk menentukan perkadaran munasabah hak istimewa dalam pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.
  • Bagaimanapun, Perkara 153(1) dengan jelas menyatakan bahawa kepentingan sah kaum lain mesti dijaga apabila menggunakan peruntukan tersebut.
  • “Penggunaan istilah ‘perkadaran munasabah’ bermakna jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan wajar membahagikan kuota tertentu untuk bukan Melayu mendaftar ke mana-mana program UiTM, maka ia sepenuhnya mematuhi Perkara 153 Perlembagaan.
  • “Penting juga diambil perhatian bahawa penentuan bahagian kuota yang munasabah untuk tujuan pendidikan di bawah Perkara 153(2) adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 40, yang bermaksud YDPA terikat dengan nasihat Jemaah Menteri mengenai perkara itu. 
  • “Kuasa akhirnya terletak pada kerajaan untuk membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
  • Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Pemuda BERSATU yang menyatakan pembukaan UiTM kepada bukan bumiputera melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan bantahan pelajar UiTM mengenai perkara ini.

KUALA LUMPUR — Tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tidak berperlembagaan, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarah LFL, Zaid Malek berkata Perkara 153(2) membenarkan Raja untuk menentukan perkadaran munasabah hak istimewa dalam pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, Perkara 153(1) dengan jelas menyatakan bahawa kepentingan sah kaum lain mesti dijaga apabila menggunakan peruntukan tersebut.

“Penggunaan istilah ‘perkadaran munasabah’ bermakna jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan wajar membahagikan kuota tertentu untuk bukan Melayu mendaftar ke mana-mana program UiTM, maka ia sepenuhnya mematuhi Perkara 153 Perlembagaan.

“Penting juga diambil perhatian bahawa penentuan bahagian kuota yang munasabah untuk tujuan pendidikan di bawah Perkara 153(2) adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 40, yang bermaksud YDPA terikat dengan nasihat Jemaah Menteri mengenai perkara itu. 

“Kuasa akhirnya terletak pada kerajaan untuk membuat keputusan.

“Saya katakan perkara ini, kerana trend pada masa ini pemimpin kerajaan cuba mengalihkan tanggungjawab atas tindakan mereka kepada raja berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Pemuda BERSATU yang menyatakan pembukaan UiTM kepada bukan bumiputera melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan bantahan pelajar UiTM mengenai perkara itu.

Penolong Setiausaha ARMADA BERSATU Malaysia, Muhammad Faiz Rahmad Muhammad Faiz pada Khamis dilaporkan menjelaskan pihaknya senada dengan pandangan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (MPP UiTM), Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Kesatuan Kakitangan Umum (KKUUiTM) untuk menolak cadangan kemasukan bukan bumiputera ke UiTM, kerana ia bercanggah prinsip asas penubuhan UiTM di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 173.

Sebaliknya, beliau menyarankan Universiti Malaya (UM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempercepatkan proses pendaftaran, pembukaan dan kemasukan bagi program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di universiti berkenaan.

Muhammad Faiz berkata pihaknya mengutarakan perkara itu berikutan cadangan supaya UiTM membuka sementara program berkenaan kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera disebabkan UM belum membuka program bidang itu.

Sekalipun pihaknya menolak cadangan pembukaan kuota sementara kepada bukan bumiputera ke UiTM dalam isu tersebut, namun beliau tidak dinafikan penting untuk sektor kesihatan negara ini terus berkembang menghasilkan lebih ramai pakar bidang-bidang kritikal seperti pembedahan kardiotoraks.

Mengulas lanjut, Zaid Malek berkata cadangan supaya UiTM membuka program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks itu adalah disebabkan daripada jumlah pakar bedah kardiotoraks yang sangat kurang, sedangkan ia diperlukan untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia. 

Beliau berkata pertimbangan itu tidak melanggar Perkara 153 dan pandangan sedemikian adalah penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk tidak tunduk dan hanya menerima gesaan ‘etnonasionalis’ yang mengabaikan keadaan sistem penjagaan kesihatan di negara ini yang teruk,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending