Terkini
Umat Islam boleh semak, sahkan arah kiblat 27 Mei ini
Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan dan mengesahkan arah kiblat pada 27 Mei ini apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Mekah di mana terletaknya Kaabah.
- Planetarium Negara dalam kenyataan di Facebook berkata fenomena itu akan berlaku pada 5.18 petang.
- “Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05.18 petang, matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.
- “Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek tegak yang ada dipermukaan bumi akan menghala ke arah Kaabah,” kata Planetarium Negara.
- Katanya, lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semula jadi.
KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan dan mengesahkan arah kiblat pada 27 Mei ini apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Mekah di mana terletaknya Kaabah.
Planetarium Negara dalam kenyataan di Facebook berkata fenomena itu akan berlaku pada 5.18 petang.
“Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05.18 petang, matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.
“Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek tegak yang ada dipermukaan bumi akan menghala ke arah Kaabah,” kata Planetarium Negara.
Katanya, lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semula jadi.
“Fenomena ini akan berlaku lagi pada 15 Julai 2024, Isnin, jam 5.27 petang waktu Malaysia,” katanya. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times