Terkini
Ada syarikat bukan Muslim dikesan cetak yasin, kitab agama – PPPMM
Ada syarikat milik bukan Melayu Islam dikesan mencetak dan menjilid bahan bacaan agama Islam, sekaligus membangkitkan persoalan mengenai tahap pematuhan prosedur pengendalian, penyimpanan dan pelupusan sisanya ketika proses itu dilakukan, dakwa Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).

- Ada syarikat milik bukan Melayu Islam dikesan mencetak dan menjilid bahan bacaan agama Islam, sekaligus membangkitkan persoalan mengenai tahap pematuhan prosedur pengendalian, penyimpanan dan pelupusan sisanya ketika proses itu dilakukan, dakwa Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).
- Penasihat PPPMM, Muhammed Farhan Basheer mendakwa syarikat bukan ahli PPPMM itu mencetak bahan bacaan seperti yasin, risalah, kitab dan buku agama bagi pihak penerbit swasta selain menerusi tender jabatan dan agensi kerajaan.
- Persatuan berpendapat percetakan itu lebih baik dilakukan syarikat pencetak Melayu Islam yang dijamin mematuhi prosedur percetakan kerana bahan bacaan agama lazimnya mengandungi kalimah suci Allah, ayat al-Quran dan hadis.
- “Mengambil iktibar isu stoking dengan cetakan kalimah Allah ketika ini maka terbukti isu berkaitan agama sangat sensitif dan boleh mengancam keharmonian rakyat sekali gus senario ini menuntut ketegasan kerajaan untuk menyekat kejadian serupa berulang,” katanya dipetik MalaysiaGazette di sini hari ini.
- Beliau berkata tindakan tegas juga perlu dikuatkuasakan terhadap individu, syarikat dan agensi yang menyerahkan pencetakan bahan mengenai agama Islam kepada pencetak bukan Islam, kerana ia mendedahkan risiko terhadap kesucian agama Islam.
KUALA LUMPUR – Ada syarikat milik bukan Melayu Islam dikesan mencetak dan menjilid bahan bacaan agama Islam, sekaligus membangkitkan persoalan mengenai tahap pematuhan prosedur pengendalian, penyimpanan dan pelupusan sisanya ketika proses itu dilakukan, dakwa Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).
Penasihat PPPMM, Muhammed Farhan Basheer mendakwa syarikat bukan ahli PPPMM itu mencetak bahan bacaan seperti yasin, risalah, kitab dan buku agama bagi pihak penerbit swasta selain menerusi tender jabatan dan agensi kerajaan.
Sedangkan persatuan berpendapat, percetakan berkenaan lebih baik dilakukan syarikat pencetak Melayu Islam yang dijamin mematuhi prosedur percetakan kerana bahan bacaan agama lazimnya mengandungi kalimah suci Allah, ayat al-Quran dan hadis.
“Mengambil iktibar isu stoking dengan cetakan kalimah Allah ketika ini maka terbukti isu berkaitan agama sangat sensitif dan boleh mengancam keharmonian rakyat sekali gus senario ini menuntut ketegasan kerajaan untuk menyekat kejadian serupa berulang,” katanya dipetik MalaysiaGazette di sini hari ini.
Muhammed Farhan berkata sebagai langkah terbaik menjaga kesucian kalimah Allah, ayat al-Quran dan sensitiviti umat Islam sepanjang proses percetakan adalah menguatkuasakan prosedur atau peraturan khusus bahawa mana-mana percetakan bahan itu mesti dilakukan ahli PPPMM.
Beliau berkata tindakan tegas juga perlu dikuatkuasakan terhadap individu, syarikat dan agensi yang menyerahkan pencetakan bahan mengenai agama Islam kepada pencetak bukan Islam, kerana ia mendedahkan risiko terhadap kesucian agama Islam.
Katanya, ketegasan PPPMM di sini bukan soal kepentingan atau keuntungan perniagaan, tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam.
Dalam perkembangan berbeza, media melaporkan seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret pada 25 Mac lalu akibat membenarkan 2,540 naskah al-Quran dijilidkan kilang milik bukan Islam.
Mengikut pertuduhan, pengurus syarikat berkenaan didapati tidak mematuhi syarat lesen dikeluarkan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu dengan membenarkan naskah kitab suci itu dijilidkan kilang bukan Islam. — The Merdeka Times
