Connect with us

Terkini

Lelaki Cina ‘berpoligami’, netizen bukan Muslim persoal kesahan perkahwinan

Tindakan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa mendapat pelbagai reaksi netizen bukan Muslim termasuk mempersoalkan kesahannya, susulan tular gambar perkahwinan itu di media sosial.

Adam Tan

Published

on

Lelaki Cina ‘berpoligami’, netizen bukan Muslim persoal kesahan perkahwinan
Foto: Gambar perkahwinan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa yang tular di media sosial.
  • Tindakan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa mendapat pelbagai reaksi netizen bukan Muslim termasuk mempersoalkan kesahannya, susulan tular gambar perkahwinan itu di media sosial.
  • Menurut Sin Chew Daily, gambar majlis perkahwinan mereka bertiga dipercayai dikongsikan di Facebook oleh kakitangan Restoran Hon Ang pada Isnin, di mana jamuan perkahwinan mereka diadakan direstoran berkenaan.
  • Merujuk gambar berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan berbangsa Cina, dan seorang lagi dipercayai berasal dari Indonesia.
  • Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook media tempatan bahasa Mandarin itu mendapati ada di antara netizen bukan Muslim mempersoalkan sama ada perkahwinan tersebut sah ataupun tidak, kerana menurut mereka bukan Muslim tidak dibenarkan berpoligami dalam perundangan di Malaysia.
  • “Bukankah poligami kesalahan jenayah di Malaysia?” komen netizen.
  • “Dalam undang-undang Malaysia, bukan Muslim hanya boleh monogami. Perbuatan ini melanggar undang-undang,” kata Joshua Chua.

KUCHING — Tindakan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa mendapat pelbagai reaksi netizen bukan Muslim termasuk mempersoalkan kesahannya, susulan tular gambar perkahwinan itu di media sosial.

Menurut Sin Chew Daily, gambar majlis perkahwinan mereka bertiga dipercayai dikongsikan di Facebook oleh kakitangan Restoran Hon Ang pada Isnin, di mana jamuan perkahwinan mereka diadakan direstoran berkenaan.

Merujuk gambar berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan berbangsa Cina, dan seorang lagi dipercayai berasal dari Indonesia.

Foto : Gambar perkahwinan lelaki Cina itu dengan kedua-dua pasangannya.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook media tempatan bahasa Mandarin itu mendapati majoriti netizen bukan Muslim menyambut baik tindakan lelaki Cina berkenaan yang ‘berpoligami’ dengan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan itu.

Bagaimanapun, ada di antara mereka mempersoalkan sama ada perkahwinan tersebut sah ataupun tidak, kerana menurut mereka kelompok bukan Muslim tidak dibenarkan berpoligami dalam perundangan di Malaysia.

Foto : Tangkap layar komen netizen di Facebook 马来西亚星洲日报 Malaysia Sin Chew Daily.

“Bukankah poligami kesalahan jenayah di Malaysia?” komen netizen.

“Dalam undang-undang Malaysia, bukan Muslim hanya boleh monogami. Perbuatan ini melanggar undang-undang,” kata Joshua Chua.

“Yang paling penting, yang mana sah, yang mana tak sah,” komen Wendy Khoo.

Foto : Tangkap layar komen netizen di Facebook 马来西亚星洲日报 Malaysia Sin Chew Daily.

Dalam pada itu, terdapat kritikan daripada netizen Melayu yang mendakwa bukan Muslim sebagai ‘double standard’ apabila majoritinya kelihatan gembira dengan perkahwinan ‘poligami itu, sedangkan reaksi berbeza akan diterima apabila melibatkan pasangan Muslim. — The Merdeka Times

 

Author

Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending