Antarabangsa
Orang mati sepatutnya dibenarkan tukar jantina – Ahli Parlimen UK
Ahli Parlimen dari parti Buruh, Charlotte Nichols mencadangkan individu yang telah mati dibenarkan menukar status jantina mereka dalam pertumbuhan berterusan ideologi jantina yang diselar sebagai ‘tidak masuk akal’.
- Ahli Parlimen dari parti Buruh, Charlotte Nichols mencadangkan individu yang telah mati dibenarkan menukar status jantina mereka dalam pertumbuhan berterusan ideologi jantina yang diselar sebagai ‘tidak masuk akal’.
- Nichols, wakil rakyat bagi Warrington North, United Kingdom (UK) itu, bertanya sama ada Akta Pengiktirafan Jantina (GRA) 2004 boleh dipinda “untuk membolehkan transgender yang telah meninggal dunia dapat diingati secara sah berdasarkan jantina yang dingini mereka”.
- Menjawab soalan bertulis Ahli Parlimen itu kepada Parlimen pada bulan lalu, Menteri Kesamarataan, Stuart Andrew berkata Kerajaan UK tidak mempunyai rancangan untuk membuat pindaan lanjut kepada Akta tersebut.
- “Di mana seseorang itu menggunakan jantina baharu mereka dengan sesebuah organisasi sebelum kematian mereka, dan perkara itu terdapat pada rekod peribadi mereka, maka kami menjangkakan organisasi itu akan berinteraksi dengan ahli keluarga mereka menggunakan jantina baharu (itu),” kata Andrew dipetik Daily Mail pada 4 Februari lalu.
- Bercakap mengenai perkembangan terkini berkenaan ideologi jantina, Ahli Parlimen North Somerset, Sir Liam Fox menyifatkannya sebagai jelas tidak masuk akal, fakta tidak tepat dan satu kecacatan statistik.
- “Kita tidak seharusnya menggalakkan idea bahawa orang ramai dengan mudah boleh memilih untuk menukar status biologi mereka dan kita juga tidak boleh melentur kebenaran untuk menampung ideologi yang semakin melampau dan berbahaya,” kata Fox.
Ahli Parlimen dari parti Buruh, Charlotte Nichols mencadangkan individu yang telah mati dibenarkan menukar status jantina mereka dalam pertumbuhan berterusan ideologi jantina yang diselar sebagai ‘tidak masuk akal’.
Nichols, wakil rakyat bagi Warrington North, United Kingdom (UK) itu, bertanya sama ada Akta Pengiktirafan Jantina (GRA) 2004 boleh dipinda “untuk membolehkan transgender yang telah meninggal dunia dapat diingati secara sah berdasarkan jantina yang dingini mereka”.
Menjawab soalan bertulis Ahli Parlimen itu kepada Parlimen pada bulan lalu, Menteri Kesamarataan, Stuart Andrew berkata Kerajaan UK tidak mempunyai rancangan untuk membuat pindaan lanjut kepada Akta tersebut.
“Di mana seseorang itu menggunakan jantina baharu mereka dengan sesebuah organisasi sebelum kematian mereka, dan perkara itu terdapat pada rekod peribadi mereka, maka kami menjangkakan organisasi itu akan berinteraksi dengan ahli keluarga mereka menggunakan jantina baharu (itu),” kata Andrew dipetik Daily Mail pada 4 Februari lalu.
Andrew dilaporkan menjelaskan bahawa “organisasi ini juga mungkin termasuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS)” – reaksinya itu mencetuskan kebimbangan bahawa pengenalan diri (self-ID) dijadikan satu normalisasi di NHS.
Bercakap mengenai perkembangan terkini berkenaan ideologi jantina, Ahli Parlimen North Somerset, Sir Liam Fox menyifatkannya sebagai jelas tidak masuk akal, fakta tidak tepat dan satu kecacatan statistik.
“Kita tidak seharusnya menggalakkan idea bahawa orang ramai dengan mudah boleh memilih untuk menukar status biologi mereka dan kita juga tidak boleh melentur kebenaran untuk menampung ideologi yang semakin melampau dan berbahaya,” kata Fox.
“Sangat membimbangkan bahawa (parti) Buruh nampaknya mendorong ke arah memperkenalkan pengenalan diri (self-ID) jantina melalui pintu belakang,” kata Jurucakap The Family Education Trust, Lucy Marsh. – The Merdeka Times