Antarabangsa
Lebih 6,800 kes rogol babitkan remaja direkodkan dalam setahun di UK
Lebih 6,800 kes rogol dilakukan remaja berusia 10 hingga 17 tahun dalam tempoh setahun di United Kingdom (UK) di mana pornografi ganas dan kebolehupayaan mengakses telefon pintar menjadikan mereka pendera seksual, dedah satu laporan.
- Lebih 6,800 kes rogol dilakukan remaja berusia 10 hingga 17 tahun dalam tempoh setahun di United Kingdom (UK) di mana pornografi ganas dan kebolehupayaan mengakses telefon pintar menjadikan mereka pendera seksual, dedah satu laporan.
- Kajian skala kesalahan di seluruh negara menyimpulkan lebih separuh daripada semua jenayah seksual kanak-kanak kini dilakukan anak muda lain, lapor Daily Mail.
- Selain 6,813 kes rogol pada 2022, terdapat 8,020 kes serangan seksual dan 15,534 kes imej tidak senonoh kanak-kanak melibatkan perkongsian gambar bogel.
- 52 peratus daripada 106,984 kes jenayah penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan kepada 42 pasukan polis di England dan Wales pada 2022, dilakukan anak muda lain yang dipanggil sebagai ‘trend yang semakin meningkat dan membimbangkan’.
Lebih 6,800 kes rogol dilakukan remaja berusia 10 hingga 17 tahun dalam tempoh setahun di United Kingdom (UK) di mana pornografi ganas dan kebolehupayaan mengakses telefon pintar menjadikan mereka pendera seksual, dedah satu laporan.
Kajian skala kesalahan di seluruh negara menyimpulkan lebih separuh daripada semua jenayah seksual kanak-kanak kini dilakukan anak muda lain, lapor Daily Mail.
Selain 6,813 kes rogol pada 2022, terdapat 8,020 kes serangan seksual dan 15,534 kes imej tidak senonoh kanak-kanak melibatkan perkongsian gambar bogel.
Pasukan polis kebangsaan pada Januari lalu memberi amaran keganasan seksual menjadi ‘tingkah laku normal’ bagi sesetengah pelajar sekolah selepas bertahun-tahun menjadi penonton tegar pornografi di telefon mereka.
52 peratus daripada 106,984 kes jenayah penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan kepada 42 pasukan polis di England dan Wales pada 2022, dilakukan anak muda yang dipanggil sebagai ‘trend yang semakin meningkat dan membimbangkan’.
Ia sekali gus menyaksikan peningkatan 400 peratus daripada 2013 apabila dianggarkan penderaan kanak-kanak terhadap kelompok itu menyumbang kepada satu pertiga daripada kesalahan berkenaan.
‘Pesalah seks’ termuda dilaporkan kepada polis dalam tempoh 12 bulan itu ialah seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang memuat naik imej tidak senonoh adik-beradiknya.Gelombang jenayah bukan sekadar didorong oleh sexting (mesej seks) dan ‘penerokaan tingkah laku seksual dalam talian’ membabitkan kalangan remaja yang menempuhi akil baligh.
Laporan Analisis Polis Kebangsaan berhubung rekod Penderaan Seksual dan Eksploitasi Kanak-kanak mencadangkan peningkatan akses telefon pintar penyebab kepada kanak-kanak lebih muda melakukan kesalahan-kesalahan serius.– The Merdeka Times