Antarabangsa
Bukti Israel ke atas petugas UNRWA ‘rapuh’, media barat turut pertikai dakwaan
Penyiar awam Britain, Channel 4 News berkata dokumen risikan Israel yang menjadi asas berhubung dakwaan pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terlibat dalam serangan 7 Oktober tahun lalu, tidak kukuh.
- Penyiar awam Britain, Channel 4 News berkata dokumen risikan Israel yang menjadi asas berhubung dakwaan pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terlibat dalam serangan 7 Oktober tahun lalu, tidak kukuh.
- Program Channel 4 melaporkan Israel “tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaan baru bahawa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pengganas ke atas Israel” dalam dokumen itu.
- Menurut Channel 4 News dipetik Al Jazeera, dokumen itu sekadar menyatakan “daripada maklumat risikan, dokumen dan kad pengenalan yang dirampas semasa pertempuran, ia kini berpotensi menanda sekitar 190 pengganas Hamas dan PIJ (Jihad Islam Palestin) berkhidmat sebagai pekerja UNRWA. Lebih 10 kakitangan UNRWA mengambil bahagian pada 7 Oktober”.
- Saluran berita lain yang memperoleh laporan sulit itu, termasuk Sky News dan The Financial Times (FT), menyatakan keraguan tentang kekuatan bukti yang dikemukakan dan turut membuat kesimpulan sama.
Penyiar awam Britain, Channel 4 News berkata dokumen risikan Israel yang menjadi asas berhubung dakwaan pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terlibat dalam serangan 7 Oktober tahun lalu, tidak kukuh.
Program Channel 4 melaporkan Israel “tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaan baru bahawa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pengganas ke atas Israel” dalam dokumen itu.
Menurut Channel 4 News dipetik Al Jazeera, dokumen itu sekadar menyatakan “daripada maklumat risikan, dokumen dan kad pengenalan yang dirampas semasa pertempuran, ia kini berpotensi menanda sekitar 190 pengganas Hamas dan PIJ (Jihad Islam Palestin) berkhidmat sebagai pekerja UNRWA. Lebih 10 kakitangan UNRWA mengambil bahagian pada 7 Oktober”.
Saluran berita lain yang memperoleh laporan sulit itu, termasuk Sky News dan The Financial Times (FT), menyatakan keraguan tentang kekuatan bukti yang dikemukakan dan turut membuat kesimpulan sama.
“Penilaian perisikan, yang telah dilihat FT tidak membawa kepada sebarang bukti untuk tuntutan itu, yang menurutnya berdasarkan pintasan telefon pintar dan perolehan kad pengenalan,” lapor penerbitan tersebut.
Aktivis-aktivis hak asasi memberi amaran bahawa menghentikan pendanaan UNRWA akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan berjuta-juta pelarian Palestin di Gaza dan di seluruh rantau itu. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini24 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar