Connect with us

Terkini

(VIDEO) Tidak layak jadi MP, DAP perlu pecat Ngeh Koo Ham – GABUNG

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG) menggesa DAP supaya memecat Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham daripada parti itu ekoran kenyataannya  yang provokatif dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan raja-raja Melayu.

Avatar

Published

on

Tidak layak jadi MP, DAP perlu pecat Ngeh Koo Ham – GABUNG
Foto: Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham (kiri) & Pengerushi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG), Aminuddin Yahaya (kanan).
  • Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG) menggesa DAP supaya memecat Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham ekoran kenyataannya  yang provokatif dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan raja-raja Melayu.
  • Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata kenyataan Koo Ham yang mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dilihat seperti tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
  • “GABUNG  mendesak DAP untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas, termasuk kemungkinan memecat YB Ngeh Koo Ham sebagai ahli parti DAP serta merta.
  • “Memberikan arahan kepada semua ahli DAP untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur negatif, provokatif dan penghinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu.
  • “Mengiktiraf bahawa negara  ini adalah sebuah negara Islam, bukan sekular,” katanya semasa sidang media selepas penyerahan memorandum bantahan di luar ibu pejabat DAP di sini hari ini.
  • Terdahulu, Koo Ham dilaporkan menyarankan supaya pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
  • Ahli Parlimen DAP itu kemudiannya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya susulan penjelasan jawatankuasa khas itu yang dibentuk Majlis Hal Ehwal Islam Negara yang diketuai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG) menggesa DAP supaya memecat Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham daripada parti itu ekoran kenyataannya  yang provokatif dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan raja-raja Melayu.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata kenyataan Koo Ham yang mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dilihat seperti tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata tindakan Ahli Parlimen DAP itu boleh membawa implikasi besar seperti menimbulkan keresahan, kemarahan dan perbalahan antara kaum.

“GABUNG  mendesak DAP untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas, termasuk kemungkinan memecat YB Ngeh Koo Ham sebagai ahli parti DAP serta merta.

“Memberikan arahan kepada semua ahli DAP untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur negatif, provokatif dan penghinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu.

“Mengiktiraf bahawa negara  ini adalah sebuah negara Islam, bukan sekular,” katanya semasa sidang media selepas penyerahan memorandum bantahan di luar ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Aminuddin berkata Koo Ham tidak layak menjadi Ahli Parlimen (MP), sebaliknya hanya sesuai menjadi jurucakap kepada DAP.

Terdahulu, Koo Ham dilaporkan menyarankan supaya pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataannya susulan penjelasan jawatankuasa khas itu yang dibentuk Majlis Hal Ehwal Islam Negara yang diketuai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu, Aminudin  menzahirkan kekesalan kerana tiada pemimpin DAP yang ingin bersemuka ketika penyerahan memorandum tersebut.

“Kita datang dengan diplomasi, bukan kita datang demo, merusuh, malah kita datang hari ini, pihak keselamatan lebih ramai daripada kita sebenarnya. Kita hanya nak hantar memorandum, kita datang secara baik.

“Ini sikap, budaya orang Melayu, budaya orang Islam, budaya orang Malaysia, tetapi kita disambut bukan saja di luar, malah oleh pegawai rendah saja, saya ingat kerani saja.

“Inilah sikap DAP yang sebenarnya tidak wajar diterima lagi oleh rakyat Malaysia. Jelas, mereka bukan nak dengar suara rakyat pun tetapi untuk kepentingan mereka saja,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending