Terkini
‘Mini Dhaka’ kembali
Baru sahaja digempur pihak berkuasa pada 21 Disember lalu, suasana persekitaran Jalan Silang di ibu negara kembali menjadi ‘mini Dhaka’ apabila dibanjiri warga asing pada cuti hujung minggu.
- Baru sahaja digempur pihak berkuasa pada 21 Disember lalu, suasana persekitaran Jalan Silang di ibu negara kembali menjadi ‘mini Dhaka’ apabila dibanjiri warga asing pada cuti hujung minggu.
- Memetik tinjauan Berita Harian, warga asing pelbagai negara meliputi Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Indonesia didapati memenuhi hampir setiap ceruk di Jalan Silang dan Lebuh Pudu.
- Pengurus sebuah restoran makanan segera, Fitri Yaakob berkata kehadiran warga asing dilihat berkurang secara ketara selepas operasi pada minggu lalu, bagaimanapun kawasan itu kembali ‘sesak’ dengan kelompok tersebut pada Ahad.
- “Saya yakin dalam ribuan warga asing ini, pasti ada yang melakukan kesalahan imigresen kerana mereka dilihat cuba bersembunyi di kawasan tangga kedai atau melarikan diri di celah kesesakan orang ramai apabila ternampak kelibat polis atau penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.
- Fitri berkata pihak berkuasa disarankan untuk melancarkan juga pemeriksaan dan operasi mengejut pada hari cuti serta hujung minggu.
KUALA LUMPUR —- Baru sahaja digempur pihak berkuasa pada 21 Disember lalu, suasana persekitaran Jalan Silang di ibu negara kembali menjadi ‘mini Dhaka’ apabila dibanjiri warga asing pada cuti hujung minggu.
Memetik tinjauan Berita Harian, warga asing pelbagai negara meliputi Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Indonesia didapati memenuhi hampir setiap ceruk di Jalan Silang dan Lebuh Pudu.
Pengurus sebuah restoran makanan segera, Fitri Yaakob berkata kehadiran warga asing dilihat berkurang secara ketara selepas operasi pada minggu lalu, bagaimanapun kawasan itu kembali ‘sesak’ dengan kelompok tersebut pada Ahad.
“Kita akan berasa tidak selesa jika hendak melalui kawasan hadapan kedai di Jalan Silang kerana mereka (warga asing) memenuhi ruang pejalan kaki dengan berkumpul beramai-ramai dan bersembang, malah ada yang berniaga di kaki lima.
“Saya yakin dalam ribuan warga asing ini, pasti ada yang melakukan kesalahan imigresen kerana mereka dilihat cuba bersembunyi di kawasan tangga kedai atau melarikan diri di celah kesesakan orang ramai apabila ternampak kelibat polis atau penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Sebaik saja pihak polis atau penguat kuasa beredar, mereka akan kembali berkumpul dan melakukan aktiviti seperti bersembang dan memenuhi kedai-kedai warga asing dari negara mereka,” katanya.
Fitri berkata pihak berkuasa disarankan untuk melancarkan pemeriksaan dan operasi mengejut pada hari cuti serta hujung minggu.
Hasil pemerhatian turut mendapati warga asing di kawasan itu tidak menjaga kebersihan selain melanggar undang-undang dengan menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian, sirih dan barang basah seperti ikan dan sayur di kawasan kaki lima.
Semalam, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, Jafri Embok Taha dilaporkan mengesahkan kebanyakan warga asing yang membanjiri sekitar kawasan Jalan Silang, mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap.
Jafri Embok berkata ada di antara mereka mempunyai Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan dokumen Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.
Terdahulu, seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di ‘mini Dhaka’ di Jalan Silang yang disertai 1,138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melibatkan Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Agensi yang turut terlibat antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Kastam Diraja Malaysia, JIM dan DBKL.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya menyerbu 60 premis di sekitar jalan terbabit.
Katanya, serbuan itu hasil risikan dan maklumat berkaitan kebanjiran warga asing serta aktiviti jenayah di lokasi terbabit. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord