Connect with us

Antarabangsa

Kolej Katolik tarik balik kebenaran kemasukan ‘wanita transgender’

Kolej Saint Mary di Notre Dame, Indiana, Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusannya untuk membenarkan lelaki yang dikenal pasti sebagai wanita transgender mendaftar di institusi Katolik wanita itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kolej Katolik tarik balik kebenaran kemasukan ‘wanita transgender’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kolej Saint Mary di Notre Dame, Indiana, Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusannya untuk membenarkan lelaki yang dikenal pasti sebagai ‘wanita transgender’  mendaftar di institusi Katolik wanita itu.
  • The Daily Signal pada November lalu melaporkan Kolej Saint Mary akan membenarkan lelaki yang dikenal pasti sebagai ‘wanita’ mendaftar di kolej itu pada musim luruh 2024. 
  • Berita itu pertama kali dilaporkan akhbar pelajar Notre Dame, The Observer.
  • Ahli komuniti Saint Mary turut menyatakan keterujaan atas keputusan terkini kolej Katolik itu.
  • “Saya sangat berbangga dengan wanita di Saint Mary’s yang sanggup menentang dasar anti-wanita, anti-Katolik ini,” kata Claire Bettag, pelajar junior di Kolej Saint Mary. 

Kolej Saint Mary di Notre Dame, Indiana, Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusannya untuk membenarkan lelaki yang dikenal pasti sebagai wanita transgender mendaftar di institusi Katolik wanita itu.

The Daily Signal pada November lalu melaporkan Kolej Saint Mary akan membenarkan lelaki yang dikenal pasti sebagai ‘wanita’ mendaftar di kolej itu pada musim luruh 2024. 

Berita itu pertama kali dilaporkan akhbar pelajar Notre Dame, The Observer.

Dalam e-mel diperoleh The Daily Signal pada Disember lalu, Presiden Katie Conboy menangani bantahan daripada komuniti dan alumni mereka sejak keputusan itu.

“Perkara ini sangat membebankan fikiran dan hati kami,” katanya.

Conboy berkata keputusan itu (menerima wanita transgender) sebelum ini dilihat sebagai cerminan komitmen kolej mereka  untuk menghayati nilai-nilai komuniti Katolik yang penyayang dan adil, tetapi semakin jelas “pendirian kami tidak dikongsi oleh semua ahli masyarakat”.

“Dengan mengambil kira semua faktor, Lembaga Pengarah memutuskan bahawa kami akan kembali kepada dasar kemasukan seperti sebelum ini,” katanya kepada The Daily Signal dipetik The Florida Capital Star. 

Ahli komuniti Saint Mary turut menyatakan keterujaan atas keputusan terkini kolej Katolik itu.

“Saya sangat berbangga dengan wanita di Saint Mary’s yang sanggup menentang dasar anti-wanita, anti-Katolik ini,” kata Claire Bettag, pelajar junior di Kolej Saint Mary. 

“Kebenaran Tuhan akan sentiasa menang,” kata Bettag. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *