Connect with us

Terkini

Latar belakang pengasuh taska akan ditapis – Nancy

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan tapisan latar belakang melibatkan pengasuh taska serta proses sebelum ia didaftarkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Latar belakang pengasuh taska akan ditapis - Nancy
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan tapisan latar belakang melibatkan pengasuh taska serta proses sebelum ia didaftarkan.
  • Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak kementerian mendapat respons positif dan akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat.
  • Ujarnya, pihak polis akan membantu dari segi pemeriksaan rekod jenayah untuk memenuhi syarat kelayakan.
  • “Apa yang jadi keutamaan adalah keselamatan dan kebajikan kanak-kanak,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Usahasama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual Bersama Express Rail Link Sdn Bhd di sini, pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan tapisan latar belakang melibatkan pengasuh taska serta proses sebelum ia didaftarkan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak kementerian telah mendapat respons positif dan akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ujarnya, pihak polis akan membantu dari segi pemeriksaan rekod jenayah untuk memenuhi syarat kelayakan.

“Baru-baru ini kita dah adakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Polis Negara (Ayob Khan) dan kami mohon untuk polis bantu lakukan tapisan.

“Secara prinsipnya tiada masalah (persetujuan) walaupun akan ada kesukaran dalam kalangan pengasuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Usahasama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual Bersama Express Rail Link Sdn Bhd di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nancy menyatakan pihak kementerian akan terus berusaha dalam mengetatkan lagi garis panduan membabitkan isu pengasuh taska.

Jelasnya, wujud beberapa bidang kuasa yang berada di luar bidang kuasa kementerian.

“Apa yang jadi keutamaan adalah keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

“Baru-baru ini pun kita tengok laporan ada yang melibatkan bukan warga tempatan (pengasuh) jadi inilah cabaran kita dan kita mahu mereka diambil tindakan.

“Ada yang datang bukan untuk jadi pengasuh jadi ini perkara yang perlu kita ketatkan jadi polis sedia kerjasama untuk berikan panduan sama ada mereka layak atau sebaliknya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, kementerian juga akan melaksanakan lawatan mengejut terhadap taska-taska tidak kira sama ada yang berdaftar atau tidak.

Orang ramai juga katanya disaran untuk tampil membuat laporan sekiranya wujud pusat taska yang tidak berdaftar atau meragukan.

Setakat ini, Nancy memberitahu lebih 1,000 pusat taska didapati tidak berdaftar secara sah dan tidak menerusi garis panduan yang ditetapkan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *