Terkini
Larangan parkir kenderaan luar pagar depan rumah, ‘mungkin tidak berperundangan’ – Peguam
Keputusan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) untuk mengenakan kompaun terhadap kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah sendiri ada berkemungkinan tidak berperundangan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.
- Keputusan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) untuk mengenakan kompaun terhadap kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah sendiri ada berkemungkinan tidak berperundangan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.
- Ini kerana terdapat sebahagian kawasan di hadapan rumah masih diterima oleh undang-undang sebagai sebahagian daripada rumah, sementara sebahagian lagi dianggap sebagai hak awam.
- “Kalaupun majlis perbandaran nak buat perkara ini mereka kena kaji dulu sebab mereka yang beri kelulusan perancangan kepada pembangunan untuk developer yang membangunkan kawasan perumahan. Kenapakah mereka tidak menentukan bahawa rumah itu saiz dia cukup besar untuk memuatkan dua kenderaan di dalam rumah itu tanggungjawab majlis perbandaran,”katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, pada Jumaat lalu.
- Haniff berkata sekiranya ada insiden membabitkan jiran parkir di hadapan pemilik rumah lain, maka sewajarnya tindakan diambil terhadap individu itu berdasarkan aduan diterima kerana ia melanggar tatasusila kejiranan.
- MBPG sebelum ini dilaporkan mengeluar notis pemberitahuan yang menyatakan larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah (luar pagar) yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.
- Difahamkan, MBPG mengambil tindakan itu susulan meningkatnya laporan pemilik rumah yang mendakwa jiran sering meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penduduk.
KUALA LUMPUR — Keputusan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) untuk mengenakan kompaun terhadap kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah sendiri ada berkemungkinan tidak berperundangan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.
Haniff berkata ini kerana terdapat sebahagian kawasan di hadapan rumah masih diterima oleh undang-undang sebagai sebahagian daripada rumah, sementara sebahagian lagi dianggap sebagai hak awam.
“Larangan mahupun kompaun dikenakan itu ada kemungkinan tidak berperundangan kerana ada sebahagian kawasan di hadapan rumah masih di dalam kawasan rumah cuma kawasan awam seperti jalan bukannya di kawasan rumah 100 peratus.
“Kalaupun majlis perbandaran nak buat perkara ini mereka kena kaji dulu sebab mereka yang beri kelulusan perancangan kepada pembangunan untuk developer yang membangunkan kawasan perumahan.
“Kenapakah mereka tidak menentukan bahawa rumah itu, saiz dia cukup besar untuk memuatkan dua kenderaan di dalam rumah dan itu tanggungjawab majlis perbandaran,”katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat lalu.
Haniff berkata isu kesesakan kenderaan di kawasan perumahan berpunca dari pembinaan rumah yang tidak dikenakan syarat menyediakan sekurang-kurangnya dua tapak parkir bagi sebuah rumah.
Katanya, perkara itu di bawah tanggungjawab pihak berkuasa, termasuk MBPG, di mana sepatutnya syarat tersebut dikenakan dan sekiranya masih ada individu parkir di luar rumah, maka ia baru menjadi kesalahan.
“Majlis perbandaraan kena lebih wajar kena lebih munasabah dalam membuat apa-apa keputusan jangan gopoh kaji dulu pertamanya kawasan contohnya rumah saya kalau letak kereta adakah dah masuk kawasan awam ataupun tidak?” katanya.
Beliau berkata sekiranya ada insiden membabitkan jiran parkir di hadapan pemilik rumah lain, maka sewajarnya tindakan diambil terhadap individu itu berdasarkan aduan diterima kerana ia melanggar tatasusila kejiranan.
Tinjauan The Merdeka Times di sekitar Kuala Lumpur sebelum ini mendapati majoriti orang ramai tidak bersetuju pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan larangan parkir kenderaan di luar pagar depan rumah dan menyifatkannya sebagai ‘undang-undang mengarut’ melainkan bagi kes tertentu menghalang laluan kenderaan.
Terdahulu, media melaporkan MBPG mengeluarkan notis pemberitahuan yang menyatakan larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah (luar pagar) yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.
Difahamkan, MBPG mengambil tindakan itu susulan meningkatnya laporan pemilik rumah yang mendakwa jiran sering meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penduduk.
Dalam notis pemberitahuan itu, tindakan boleh diambil atas kesalahan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 332), Seksyen 46(1) (9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang kecil 3 (n) Undang-undang kecil vandalisme (Majlis Bandaraya Pasir Gudang) 2011 dan Perintah 17(1) dan 17(2) Perintah Lalulintas Jalan (peruntukan mengenai tempat letak kereta) Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2001. — The Merdeka Times