Terkini
Penyakit jantung kekal penyebab utama kematian di Malaysia
Penyakit berkaitan jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan merekodkan 18,515 kematian.

- Penyakit berkaitan jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan merekodkan 18,515 kematian.
- “Perbelanjaan akibat penyakit jantung membebankan negara, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan kesihatan adalah digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.” – KP Kesihatan
- Bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan berlebihan serta tahap kolesterol tinggi menyumbang kepada peningkatan penyakit kardiovaskular.
PUTRAJAYA: Penyakit berkaitan jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan merekodkan 18,515 kematian.
Statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan bahawa Ischaemic heart diseases mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini pada tahun 2021 iaitu 13.7 peratus selepas Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ischaemic heart diseases juga merupakan sebab kematian utama bagi kumpulan umur 41 hingga 59 tahun (20 peratus) dan 60 tahun ke atas (18 peratus).
“Perbelanjaan akibat penyakit jantung membebankan negara, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan kesihatan adalah digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.
“Beban kos ini dijangka terus meningkat jika tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini bersempena sambutan Hari Jantung Sedunia.
Muhammad Radzi berkata, bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan berlebihan serta tahap kolesterol tinggi menyumbang kepada peningkatan penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, katanya, pemakanan dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung.
Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha memperkukuhkan aktiviti-aktiviti pencegahan serta pengesanan awal faktor risiko agar intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.
“Di antara usaha utama dilakukan adalah memperkenalkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) bermula Julai 2022 dan mensasarkan seramai 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun.
“Saringan dilaksanakan termasuk pengukuran Indeks Jisim Tubuh (BMI), pemeriksaan tekanan darah, ujian paras gula dan ujian paras kolesterol,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti saringan ini dilakukan di semua Klinik Kesihatan, melalui Peka B40 atau melalui program komuniti termasuk Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan program saringan dari rumah ke rumah melalui Program Madani Afiat.
Sejak dilancarkan pada Julai 2022, katanya, seramai 2,128,048 individu membuat saringan di mana seramai 1,111,568 individu menjalankan saringan pada tahun ini sehingga 27 September lalu.
“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil kesempatan untuk membuat saringan bagi mengenalpasti risiko dihadapi agar masalah penyakit jantung dapat diatasi.
“Saya juga menyeru agar semua masyarakat terus mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil enam langkah utama termasuk mengamalkan gaya hidup sihat, berhenti merokok, melakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat dan seimbang, mengekalkan berat badan ideal dan menghindari alkohol,” katanya.
Sumber : UTUSAN
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular