Terkini
Pengilang cadang pelabelan gred beras dihapuskan, tetapkan satu harga
Kerajaan dicadang menghapuskan pelabelan gred beras putih tempatan dan import sebaliknya disatukan kategori beras putih dengan menetapkan pada satu harga.

- Kerajaan dicadang menghapuskan pelabelan gred beras putih tempatan dan import sebaliknya disatukan kategori beras putih dengan menetapkan pada satu harga.
- Ia antara langkah mengatasi masalah manipulasi bekalan beras putih tempatan dengan menukarkan bungkusannya kepada kampit beras import sekaligus membebankan pengguna.
- Pengarah Dibuk Sdn. Bhd., Ezreen Muhaizi Marzukhi berkata, beras Super Spesial Tempatan (SST) dan beras Super Spesial Import (SSI) sukar dibezakan dan memudahkan pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi dengan menukar kampit beras import kepada tempatan bagi mengaut keuntungan lebih.
- “Jadi antara langkah menyelesaikan isu berkenaan adalah dengan tukar polisi. Kalau tidak boleh dibezakan beras tempatan dan import, kita buat satu gred beras iaitu beras putih,” katanya kepada Utusan Malaysia.
KANGAR: Kerajaan dicadang menghapuskan pelabelan gred beras putih tempatan dan import sebaliknya disatukan kategori beras putih dengan menetapkan pada satu harga.
Ia antara langkah mengatasi masalah manipulasi bekalan beras putih tempatan dengan menukarkan bungkusannya kepada kampit beras import sekaligus membebankan pengguna.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Dibuk Sdn. Bhd., Ezreen Muhaizi Marzukhi berkata, beras Super Spesial Tempatan (SST) dan beras Super Spesial Import (SSI) sukar dibezakan.
Ia sekaligus memudahkan pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi dengan menukar kampit beras import kepada tempatan bagi mengaut keuntungan lebih.
Malah katanya, jika kedua-dua jenis beras berkenaan sudah dimasak, rasa dan teksturnya tetap sama.
Katanya, apabila tidak ada beza dari segi sifat beras, maka berlaku kelompangan terbesar seterusnya penyelewengan.
“Bila kita nak pergi tangkap orang dekat kedai, kita tidak boleh tangkap terus sama ada individu terbabit benar-benar salah atau tidak kerana tidak ada cara tentukan sama ada itu beras tempatan atau import yang berada di dalam kampit beras import tersebut.
“Kecuali dengan cara menentukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mana kita tidak ada mesin seperti itu dan perlu dihantar ke luar negara.
“Jadi antara langkah menyelesaikan isu berkenaan adalah dengan tukar polisi. Kalau tidak boleh dibezakan beras tempatan dan import, kita buat satu gred beras iaitu beras putih,” katanya.
Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, tindakan terhadap aktiviti mencampurkan beras tempatan dan beras import sukar diambil kerana perkara itu tidak mudah dibuktikan sehingga ia didakwa dijual sebagai beras import sepenuhnya di pasaran.
Sementara itu, Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban pula berkata, harga beras tempatan dan import perlu diselaraskan memandangkan kenaikkan harga khususnya beras import sangat ketara.
Katanya, manipulasi dengan menukar kampit beras sangat mudah berlaku memandangkan tiada perbezaan kedua-dua jenis beras itu.
“Tindakan penguatkuasaan dengan pergi ke kedai-kedai dilihat sudah tidak berkesan. Kena selaraskan harga semua jenis beras ini. Kalau tidak isu manipulasi mudah berlaku bagi mengaut keuntungan lebih.
“Kalau tidak isu manipulasi beras ini sukar diselesaikan. Kalau campur beras tempatan import sukar diketahui kerana sukar dibezakan,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN