Terkini
Kerajaan digesa beri jaminan undang-undang Islam terus dipelihara – Ahli Parlimen PN
Kerajaan digesa memberi jaminan undang-undang Islam khususnya Enakmen Jenayah Syariah yang ada di semua negeri, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan tidak tergugat dan kekal sebagai undang-undang peribadi kepada umat Islam.

- Kerajaan digesa memberi jaminan undang-undang Islam khususnya Enakmen Jenayah Syariah yang ada di semua negeri, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan tidak tergugat dan kekal sebagai undang-undang peribadi kepada umat Islam.
- Gesaan itu dibangkitkan Ketua Whip Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berikutan terdapat banyak pihak mencabar keabsahan enakmen syariah di mahkamah sivil termasuk Mahkamah Persekutuan,
- Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Takiyuddin berkata, ada pihak mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal undang-undang jenayah syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam.
- Takiyuddin merujuk kes terbaharu sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan membabitkan kes Nik Elin Zurina Rashid dengan Kerajaan Kelantan.
- Dalam kes itu, Nik Elin Zurina memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memberi jaminan undang-undang Islam khususnya Enakmen Jenayah Syariah yang ada di semua negeri, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan tidak tergugat dan kekal sebagai undang-undang peribadi kepada umat Islam.
Gesaan itu dibangkitkan Ketua Whip Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berikutan terdapat banyak pihak yang mencabar keabsahan enakmen syariah di mahkamah sivil termasuk Mahkamah Persekutuan,
Katanya, ada pihak mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal undang-undang jenayah syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam.
“Dalam hal ini, saya ingin bertanya Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar) apakah langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan undang-undang Islam khususnya Enakmen Jenayah Syariah yang ada di semua 14 negeri, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan dijamin tidak tergugat dan kekal sebagai undang-undang peribadi atau ‘personal law’ kepada seluruh umat Islam dalam negara yang meletakkan “Islam adalah Agama Persekutuan” seperti dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.
“Bukankah menjaga agama adalah satu daripada lima tunjang utama maqasid syariah,” katanya pada sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Takiyuddin merujuk kes terbaharu yang sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan membabitkan kes Nik Elin Zurina Rashid dengan Kerajaan Kelantan.
Dalam kes itu, Nik Elin Zurina memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.
Selain itu beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam saja.
Takiyuddin berkata, daripada rekod mahkamah yang beliau ketahui, Kerajaan Persekutuan tidak berusaha membawa institusi agama islam yang berkaitan seperti Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan seumpamanya sebagai pencelah ataupun sekurang-kurangnya sahabat mahkamah bagi sama-sama mempertahankan undang-undang ini.
Katanya, kerajaan sudah tentu tahu andainya mahkamah membenarkan permohonan itu, maka semua Enakmen Jenayah Syariah di seluruh negeri-negeri adalah terbatal dan tidak sah dan DUN di semua negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang seumpama itu.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular