Connect with us

Terkini

Had jualan beras: Ia soal kemanusiaan, warga asing juga perlu makan – Mat Sabu

Semua pihak diingatkan tidak terlalu gopoh dalam mengeluarkan kenyataan atau mendesak supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing.

Wartawan TMT

Published

on

Had jualan beras: Ia soal kemanusiaan, warga asing juga perlu makan - Mat Sabu
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Semua pihak diingatkan tidak terlalu gopoh dalam mengeluarkan kenyataan atau mendesak supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing.
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana hal tersebut berkait dengan soal kemanusiaan dan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.
  • “Kita tahu warga asing yang datang ke sini (Malaysia) antaranya kita yang panggil mereka (untuk bekerja) terutama sekali dalam sektor yang memerlukan tenaga seperti perladangan, pembinaan dan pengawal keselamatan.
  • “Jadi ini soal hak kemanusiaan, saya rasa perlu mereka terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia ini termasuk beras tempatan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Persidangan Tahunan Ke-25 Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (MANCO) di sini hari ini.

PUTRAJAYA: Semua pihak diingatkan tidak terlalu gopoh dalam mengeluarkan kenyataan atau mendesak supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana hal tersebut berkait dengan soal kemanusiaan dan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

“Kita tahu warga asing yang datang ke sini (Malaysia) antaranya kita yang panggil mereka (untuk bekerja) terutama sekali dalam sektor yang memerlukan tenaga seperti perladangan, pembinaan dan pengawal keselamatan.

“Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makan dan pertimbangan ini perlu. Dalam suasana begini, jangan kita gopoh sebab kalau pekerja kita (sendiri) berada di luar negara dan mereka tidak boleh dapat beras yang murah untuk makan, kita akan terasa.

“Jadi ini soal hak kemanusiaan, saya rasa perlu mereka terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia ini termasuk beras tempatan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Persidangan Tahunan Ke-25 Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (MANCO) di sini hari ini.

Pada Jumaat media melaporkan, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh kekal mendesak kerajaan supaya mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berlainan, Mohamad berkata, KPKM akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian prosedur operasi standard (SOP) pemberian lesen borong kepada pengusaha restoran untuk membolehkan mereka membeli beras putih import (BPI) pada harga borong.

“Pihak padi dan beras (Pejabat Kawalselia Padi dan Beras) akan berjumpa terus dan berdialog dengan mereka, supaya mereka dapat memahami pengusaha restoran dan sebagainya.

“Mereka (akan) diberi harga borong untuk dapatkan beras import itu supaya mereka tidak tertumpu kepada beras tempatan untuk jualan makanan di restoran,”

Semalam media melaporkan, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) meminta kerajaan memperincikan segera SOP berhubung lesen borong yang boleh diberikan kepada pengusaha restoran susulan kesukaran mendapatkan beras putih tempatan (BPT), menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada BPI.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, ini kali pertama KPKM memperkenalkan inisiatif itu kepada pengusaha restoran dan pihaknya sedia memohon lesen ditawarkan itu demi kelangsungan perniagaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending