Connect with us

Terkini

Zahid Hamidi gesa Peguam Negara percepat keputusan representasi

Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta menyegerakan keputusan representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang kini didengar di Mahkamah Tinggi.

Wartawan TMT

Published

on

Zahid Hamidi gesa Peguam Negara percepat keputusan representasi
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta menyegerakan keputusan representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang kini didengar di Mahkamah Tinggi.
  • Pasukan peguam bela yang mewakili Timbalan Perdana Menteri berkata, hingga hari ini pihaknya masih belum menerima jawapan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi pertimbangan agar semua 47 pertuduhan yang dihadapinya dikaji semula.
  • “Kami memohon keadilan diberikan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan kos dan masa dapat dijimatkan oleh kedua-dua pihak,” kata pasukan pembelaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media selepas prosiding perbicaraan selesai hari ini.
  • Laporan media sebelum ini menyatakan, Peguam Negara akan menamatkan kontraknya bulan depan selepas dilantik semula menggalas jawatan tertinggi di AGC selama enam bulan bermula 6 Mac lalu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta menyegerakan keputusan representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang kini didengar di Mahkamah Tinggi.

Pasukan peguam bela yang mewakili Timbalan Perdana Menteri berkata, hingga hari ini pihaknya masih belum menerima jawapan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi pertimbangan agar semua 47 pertuduhan yang dihadapinya dikaji semula.

“Kami memohon keadilan diberikan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan kos dan masa dapat dijimatkan oleh kedua-dua pihak,” kata pasukan pembelaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media selepas prosiding perbicaraan selesai hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh peguam-peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd. Noh.

Laporan media sebelum ini menyatakan, Peguam Negara akan menamatkan kontraknya bulan depan selepas dilantik semula menggalas jawatan tertinggi di AGC selama enam bulan bermula 6 Mac lalu.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) pada 1 Ogos lalu, pihak pembelaan memaklumkan representasi Ahmad Zahid masih belum diputuskan kerana AGC masih menunggu hasil siasatan lanjut berhubung fakta dan bukti baharu yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar memaklumkan, siasatan masih dijalankan oleh pasukan petugas khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihaknya menunggu maklum balas sebelum memutuskan representasi berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri mengemukakan representasi melebihi 200 muka surat mengandungi isu kompleks yang dihantar terus kepada Peguam Negara sebagai asas untuk pertimbangan agar pertuduhan yang dihadapinya, digugurkan.

Ahmad Zahid, 70, menghadapi 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang mana beliau adalah pengasasnya.

Menurut kenyataan itu, pihak pembelaan memasukkan dua representasi masing-masing pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari lalu manakala percakapan Ahmad Zahid dirakam sekali lagi oleh pihak SPRM pada Jun lalu.

Kenyataan itu turut menggariskan lima alasan dalam representasi tersebut termasuk pendakwaan bersifat politik oleh Tan Sri Tommy Thomas iaitu Peguam Negara ketika itu.

Jelas kenyataan tersebut, pelantikan Peguam Negara yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menuduh Ahmad Zahid.

“Pertuduhan itu dibuat kerana keengganan anak guam kami untuk membubarkan UMNO sehingga menyebabkan beliau dituduh.

“Kecacatan siasatan yang dijalankan akibat dari tempoh siasatan yang singkat (empat bulan sahaja dari tarikh siasatan bermula) akibat dari kegopohan untuk menuduh Ahmad Zahid selain terdapat keterangan-keterangan baharu yang kukuh untuk representasi itu dikemukakan,” kata pasukan pembelaan.

Pihak peguam bela turut menjelaskan, representasi itu adalah perkara biasa dan hak mana-mana individu yang berhadapan kes jenayah.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan, representasi itu boleh dikemukakan pada bila-bila masa dalam mana-mana peringkat jika pihak tertuduh mempunyai asas yang kuat.

Alasan itu termasuk jika wujud kepincangan dalam pertuduhan dan jika terdapat salah guna kuasa terhadap pendakwaan, isu-isu siasatan serta, keterangan saksi-saksi.

Menurut pasukan pembelaan, pihak-pihak tertentu tidak seharusnya menggunakan fakta yang terkandung dalam representasi untuk kepentingan politik atau menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi sangkaan buruk terhadap representasi itu.

“Kami percaya adalah amat tidak adil untuk mana-mana pihak yang cuba campur tangan dan mempolitikkan isu ini. Tambahan pula, anak guam kami adalah seorang tertuduh yang sedang menjalankan haknya untuk memasukkan representasi di peringkat ini.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana yang memprejudiskan hak anak guam dalam mempraktikkan haknya terhadap representasi,” kata kenyataan itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending