Connect with us

Terkini

Penggunaan bahasa lain di sekolah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan

Penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

Penggunaan bahasa lain di sekolah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.
  • Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, yang mewakili Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, berhujah kesemua sekolah terbabit juga perlu mematuhi sukatan mata pelajaran yang sama.
  • Liew berkata hasrat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa sama, memelihara serta mengekalkan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan.
  • Beliau berkata, justeru, relief yang dipohon oleh MAPPIM, GAPENA, ISMA dan I-Guru bertentangan dengan hasrat penggubalnya berdasarkan sejarah Perlembagaan selain memusnahkan tonggak asas keseimbangan Perlembagaan di negara ini.

PUTRAJAYA: Penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.

Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, yang mewakili Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, berhujah bahawa kesemua sekolah terbabit juga perlu mematuhi sukatan mata pelajaran yang sama.

Beliau berkata, penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular diiktiraf dari segi sejarah dan diperuntuk secara jelas dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Liew berkata, pemeriksaan terperinci ke atas dokumen dan peristiwa bersejarah berkaitan adalah penting untuk pemahaman yang betul mengenai Perkara 152.

“Kita dibentuk oleh sejarah, sejarah adalah siapa diri kita dan mengapa kita adalah kita,” katanya di hadapan panel tiga hakim yang mendengar rayuan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Liew berkata hasrat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa sama, memelihara serta mengekalkan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan.

Beliau berkata, justeru, relief yang dipohon oleh MAPPIM, GAPENA, ISMA dan I-Guru adalah bertentangan dengan hasrat penggubalnya berdasarkan sejarah Perlembagaan selain memusnahkan tonggak asas keseimbangan Perlembagaan di negara ini.

Rayuan itu didengar oleh Datuk Supang Lian, Datuk M. Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan.

Pada 29 Dis 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), MAPPIM, GAPENA and ISMA. GPMS bagaimanapun tidak memfailkan rayuan.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

Pada 29 Mei tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru.

Menerusi saman yang difailkan pada Disember 2019, GPMS, MAPPIM, GAPENA dan ISMA menamakan beberapa pihak termasuk kerajaan, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak).

I-Guru pula, yang menamakan Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar hujah peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili I-Guru dan Datuk Bastian Vendargon yang mewakili Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia serta Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia.

Shaharudin berkata, berdasarkan pelan tindakan pendidikan kerajaan yang terkini, hampir 100 peratus pelajar Cina pergi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina manakala enam daripada 10 pelajar India ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Beliau berhujah adakah perpecahan seperti ini boleh menyumbang kepada pembangunan negara yang kukuh, bersatu dan harmoni.

Vendargon pula berhujah Mohd Nazlan tidak terkhilaf apabila beliau memutuskan bahawa peruntukan yang berkaitan dalam Akta Pendidikan 1996 tidak bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Supang Lian kemudian menetapkan 29 Ogos untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh seterusnya bagi pendengaran rayuan itu.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending