Antarabangsa
Penduduk kulit putih warga AS diramal tidak menjadi majoriti – Kajian
Penduduk Amerika Syarikat (AS) yang lahir antara 1997 hingga 2012, atau dikenali sebagai Generasi Z akan bergelar kumpulan terakhir yang menjadikan orang kulit putih sebagai kaum majoriti di negara itu, demikian menurut kajian baharu data banci AS seperti dilaporkan laman berita RT.

- Penduduk Amerika Syarikat (AS) yang lahir antara 1997 hingga 2012, atau dikenali sebagai Generasi Z akan bergelar kumpulan terakhir yang menjadikan orang kulit putih sebagai kaum majoriti di negara itu, demikian menurut kajian baharu data banci AS seperti dilaporkan laman berita RT.
- Dua tahun lalu, satu data banci yang dikeluarkan mendapati majoriti penduduk berkulit putih di AS telah menyusut daripada sekitar 80 peratus pada 1980 kepada 59 peratus pada 2020.
- Kajian lanjut data dijalankan Institusi Brookings pada minggu lalu mendedahkan bahawa penurunan jumlah penduduk berkulit putih adalah lebih signifikan apabila dipecahkan mengikut generasi.
- Isu berhubung populasi tersebut dipertikaikan di media AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
WASHINGTON – Penduduk Amerika Syarikat (AS) yang lahir antara 1997 hingga 2012, atau dikenali sebagai Generasi Z akan bergelar kumpulan terakhir yang menjadikan orang kulit putih sebagai kaum majoriti di negara itu, demikian menurut kajian baharu data banci AS seperti dilaporkan laman berita RT.
Hanya kurang separuh daripada mereka yang dilahirkan selepas tempoh itu adalah golongan berkulit putih. Ini bakal menjadikan kelompok yang dahulunya minoriti di negara berkenaan sebagai penduduk majoriti menjelang 2045.
Dua tahun lalu, satu data banci yang dikeluarkan mendapati majoriti penduduk berkulit putih di AS telah menyusut daripada sekitar 80 peratus pada 1980 kepada 59 peratus pada 2020.
Penurunan itu tidak didorong oleh pertumbuhan populasi penduduk berkulit hitam yang kekal statik antara 12 hingga 13 peratus sejak 2010.
Sebaliknya, populasi penduduk berketurunan Sepanyol atau Amerika Latin, Asia dan bangsa campuran telah meningkat di negara itu dengan masing-masing mencatatkan 19 peratus, 6.3 peratus dan tiga peratus.
Kajian lanjut data dijalankan Institusi Brookings pada minggu lalu mendedahkan bahawa penurunan jumlah penduduk berkulit putih adalah lebih signifikan apabila dipecahkan mengikut generasi.
Walaupun diketahui sejak 2020 bahawa orang berkulit putih tidak akan menjadi kaum majoriti di AS menjelang 2045, titik penting itu telah pun dicapai dalam kalangan Generasi Alpha atau mereka yang lahir selepas 2012.
Menurut kajian tersebut, orang berkulit putih bukan Sepanyol membentuk 77 peratus daripada populasi yang berumur lebih 75 tahun dan 67 peratus dalam kalangan populasi berumur 55 hingga 64 tahun.
Selain itu, 55 peratus daripada golongan itu adalah dalam kalangan mereka yang berumur 35 hingga 44 tahun dan hanya lebih separuh lagi berusia 18 hingga 24 tahun.
Bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun, 47 peratus terdiri daripada orang berkulit putih, 25 peratus berketurunan Sepanyol, 13 peratus berkulit hitam, 5.4 peratus berketurunan Asia dan selebihnya adalah dua atau lebih kaum lain.
Isu berhubung populasi tersebut dipertikaikan di media AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Parti Republikan pula menuduh Parti Demokrat menggunakan dasar sempadan yang longgar untuk mengimport blok pengundi berketurunan Sepanyol yang pada kebiasaannya mengundi parti pemerintah itu di negeri-negeri dikuasai Republikan seperti Texas.
Sama ada pakar-pakar dan media bersorak atau bimbang akan penurunan jumlah penduduk kulit putih di AS, seorang profesor sosiologi, Richard Alba memberitahu akhbar The Hill bahawa orang kulit putih akan kekal sebagai kumpulan terbesar di negara itu bagi tempoh yang lama.
“Dari satu segi, kami sedang membentuk masyarakat arus perdana yang baharu di sini yang akan menjadi sangat pelbagai.
“Namun, orang kulit putih akan menjadi sebahagian besar daripada populasi itu. Mereka tidak akan hilang atau digantikan,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS