Connect with us

Terkini

Muhyiddin digesa arah menantunya pulang bantu siasatan – Puad Zarkashi

Seorang pemimpin UMNO menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menunjukkan teladan baik dengan mengarahkan menantunya pulang untuk membantu siasatan kes rasuah.

Wartawan TMT

Published

on

Muhyiddin digesa arah menantunya pulang bantu siasatan - Puad Zarkashi
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
  • Seorang pemimpin UMNO menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menunjukkan teladan baik dengan mengarahkan menantunya pulang untuk membantu siasatan kes rasuah.
  • Ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd Puad Zarkashi berkata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak perlu memberi alasan dan takut jika yakin menantunya Muhammad Adlan Berhan yang berada di luar negara sejak Mei lalu tidak bersalah.
  • “Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN Best tunjuk teladan baik. Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak bersalah.
  • “Pernahkan anak-anak bekas PM melarikan diri?,” katanya di Facebook sambil mencabar Muhyiddin membuat kenyataan terbuka mengenainya.
  • Minggu lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan Adlan bersama peguam Mansoor Saat kini dalam senarai Notis Merah Interpol untuk mendapat kerjasama antarabangsa bagi membawa pulang kedua-duanya.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menunjukkan teladan baik dengan mengarahkan menantunya pulang untuk membantu siasatan kes rasuah.

Ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd Puad Zarkashi berkata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak perlu memberi alasan dan takut jika yakin menantunya Muhammad Adlan Berhan yang berada di luar negara sejak Mei lalu tidak bersalah.

“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN Best tunjuk teladan baik. Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak bersalah.

“Pernahkan anak-anak bekas PM melarikan diri?,” katanya di Facebook sambil mencabar Muhyiddin membuat kenyataan terbuka mengenainya.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan Adlan bersama peguam Mansoor Saat kini dalam senarai Notis Merah Interpol untuk mendapat kerjasama antarabangsa bagi membawa pulang kedua-duanya.

Adlan dan peguam Mansoor Saat dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Tetapi, Adlan dan Mansoor kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang.

Advertisement

Adlan melalui peguamnya Baljit Singh Sindhu berkata beliau akan kembali ke Malaysia untuk membantu SPRM dengan sebarang siasatan selagi “unsur ancaman dan penganiayaan dihapuskan”.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending