Connect with us

Terkini

Isu Nik Abduh sudah selesai – Timbalan Mursyidul Am PAS

Pas menegaskan isu berkaitan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengambil keputusan berehat atau ‘puasa’ dari arena politik sudah selesai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu Nik Abduh sudah selesai – Timbalan Mursyidul Am PAS
Foto: Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob.
  • Pas menegaskan isu berkaitan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengambil keputusan berehat atau ‘puasa’ dari arena politik sudah selesai.
  • Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi.
  • “Itu semua sudah selesai (isu Nik Abduh)… tak payah lagi… sahabat kita semua,” jawabnya ringkas pada sidang akhbar selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan: Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, di sini malam tadi.
  • Utusan Malaysia semalam melaporkan, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada arena politik tanah air.

TANAH MERAH: Pas menegaskan isu berkaitan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengambil keputusan berehat atau ‘puasa’ dari arena politik sudah selesai.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi.

“Itu semua sudah selesai (isu Nik Abduh)… tak payah lagi… sahabat kita semua,” jawabnya ringkas pada sidang akhbar selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan: Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, di sini malam tadi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada arena politik tanah air.

Nik Abduh menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh rehat beliau itu.

Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu kerana berlaku konflik selepas namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya negeri (PRN).

Sebelum ini, terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN, 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, nama Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada PRN.

Pada pengisytiharan calon PRN DUN di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini, Pas turut membuat kejutan selepas menggugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Asma Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Nik Din Nik Mat mendakwa Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah merupakan individu yang menyebabkan nama Nik Abduh tercicir sebagai calon wakil rakyat.

Nik Din yang merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum itu dia bertemu dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 23 Jun lalu di Rusila, Terengganu dan beliau memberi jaminan Nik Abduh akan diangkat sebagai calon.

Menurutnya, dia hairan selepas mendapati anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi DUN Chempaka.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *