Terkini
Bantah pengajian hadis di sekolah, Firdaus Wong selar ‘NGO Kuffar’ MCCBCHST campuri urusan Islam
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana mencampuri urusan agama Islam.
- Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana mencampuri urusan agama Islam.
- Mencadangkan perkara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung turut mempersoalkan sama ada campur tangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan tindakan yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).
- “Saya berharap pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap NGO Kuffar ini kerana bukan sekali dua dah mereka masuk campur urusan agama Islam. Bukankah ini juga isu 3R?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
- Terbaharu, MCCBCHST dilaporkan membantah rancangan pelaksanaan modul penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi di sekolah di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini.
- “As expected, The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism, and Taoism (MCCBCHST) atau singkatan NGO Kuffar membantah pelaksanaan modul ini.”
- “Setakat yang saya baca, KPM jelas mengatakan modul hadis 40 ini adalah untuk pelajar Muslim, malahan yang memberikan kenyataan adalah Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM,” kata Firdaus Wong.
- Ini bukan pertama kali MCCBCHST membuat bantahan sedemikian kerana mereka turut mendesak Muslim agar tidak melakukan ibadah korban menyembelih lembu di sekolah atau tempat awam pada 2011.
KUALA LUMPUR — Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana mencampuri urusan agama Islam.
Mencadangkan perkara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung turut mempersoalkan sama ada campur tangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan tindakan yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).
Dek tindakannya sering mencampuri urusan Islam, Firdaus Wong turut menggelarkan majlis perundingan agama itu sebagai NGO Kuffar.
“Saya berharap pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap NGO Kuffar ini kerana bukan sekali dua dah mereka masuk campur urusan agama Islam. Bukankah ini juga isu 3R?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Terbaharu, MCCBCHST dilaporkan membantah rancangan pelaksanaan modul penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi di sekolah di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini.
“As expected, The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism, and Taoism (MCCBCHST) atau singkatan NGO Kuffar membantah pelaksanaan modul ini.
“Setakat yang saya baca, KPM jelas mengatakan modul hadis 40 ini adalah untuk pelajar Muslim, malahan yang memberikan kenyataan adalah Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM.
“Tidak disebut langsung di situ untuk semua pelajar baik Muslim atau bukan Muslim. Saya salah baca atau NGO Kuffar ini tak pandai baca atau sengaja protes apa sahaja yang berkaitan dengan Islam?,” katanya.
Firdaus Wong berkata ini bukan pertama kali MCCBCHST membuat bantahan sedemikian kerana mereka turut mendesak Muslim agar tidak melakukan ibadah korban menyembelih lembu di sekolah atau tempat awam pada 2011.
Ini kerana menurut pihak terbabit, lembu merupakan binatang suci untuk penganut Hindu dan kita perlu menjaga sensitiviti masyarakat majmuk.
MCCBCHST juga turut membantah program dakwah dikendalikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dijalankan di sekolah pada 2019.
“Hak mereka sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara dan mempertahankan hak mereka tetapi berpada-padalah. Apakah mereka fikir hanya mereka sahaja yang ada hak dan sensitiviti tetapi kami sebagai Muslim tiada hak dan tiada sensitiviti?.
“Bila Muslim protes, kami pula dituduh esktrem, mudah keliru dan sensitif tetapi bila mereka protes itu untuk melindungi hak mereka. Apa punya double standard?,” kata pendakwah bebas itu.
Firdaus Wong berkata kelompok itu juga terlalu ‘sibuk’ untuk menentukan apa perkara yang boleh dan perlu dilakukan Muslim sedangkan apa dilakukan penganut agama Islam itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang.
“Kalau Muslim buat benda yang sama pada mereka dengan masuk campur dalam urusan agama mereka, kecoh satu dunia. Ratusan atau ribuan laporan polis akan dibuat.
“Kami Muslim tak pernah masuk campur dalam urusan agama kamu kerana menghormati hak kamu tetapi please la, hormati juga hak dan sensitiviti kami!,” katanya yang turut memuat naik beberapa laporan berita mengenai bantahan MCCBCHST melibatkan urusan agama Islam. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung