Connect with us

Terkini

Ukraine tidak rela dikuasai bangsa lain – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan perang Russia-Ukraine sebagai perbandingan toleransi Malaysia terhadap warga asing.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine tidak rela dikuasai bangsa lain – Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan perang Russia-Ukraine sebagai perbandingan toleransi Malaysia terhadap warga asing.
  • Russia menyerang Ukraine dengan tujuan menawan dan mengambil sebahagian dari wilayah Ukraine untuk dijadikan wilayah takluk Russia.
  • Mahathir berkata, apabila tentera Russia menyerang, tentera dan rakyat Ukraine mempertahankan wilayah mereka menyebabkan ribuan askar dan orang awam Ukraine terbunuh serta cedera parah.
  • “Kita di Malaysia sanggup terima orang asing menjadi warga negara. Kita sanggup kongsi negara kita ini. Tetapi tidaklah sampai negara tercinta ini dimiliki oleh keturunan orang asing dan kita menjadi puak yang miskin di negara yang kaya ini,” katanya. 

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan perang Russia-Ukraine sebagai perbandingan toleransi Malaysia terhadap warga asing.

Beliau berkata, Russia menyerang Ukraine dengan tujuan menawan dan mengambil sebahagian dari wilayah Ukraine untuk dijadikan wilayah takluk Russia.

Kata beliau, Ukraine namun terlalu kecil dan lemah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan sebuah negara besar.

“Ukraine boleh tunduk kepada Russia. Dan akan terselamatlah rakyat Ukraine dan terselamatlah juga bandar-bandarnya dari dihancurkan oleh tentera Russia dengan meriam dan roket canggihnya.

“Tetapi tidak. Walaupun kawasan yang hendak direbut oleh Russia kecil sahaja, Ukraine tidak rela barang secebis pun wilayahnya dikuasai oleh bangsa lain,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mahathir berkata, apabila tentera Russia serang, tentera dan rakyat Ukraine menpertahankan wilayah mereka menyebabkan beribu askar dan orang awam Ukraine terbunuh serta cedera parah mempertahan negara mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, tentera dan orang awam Ukraine tidak gentar dan akan terus mempertahankan negara mereka walaupun lebih ramai akan menemui maut, cedera parah dan negara hancur.

“Kita di Malaysia sanggup terima orang asing menjadi warga negara. Kita sanggup kongsi negara kita ini. Tetapi tidaklah sampai negara tercinta ini dimiliki oleh keturunan orang asing dan kita menjadi puak yang miskin di negara yang kaya ini,” katanya.

Sumber : Kosmo 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending