Connect with us

Terkini

Produk Indonesia guna logo halal MUI sah hingga tamat tempoh

Umat Islam di negara ini tidak perlu was-was dengan sebarang produk dari Indonesia yang masih lagi menggunakan logo halal dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia (MUI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Produk Indonesia guna logo halal MUI sah hingga tamat tempoh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Umat Islam di negara ini tidak perlu was-was dengan sebarang produk dari Indonesia yang masih lagi menggunakan logo halal dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia (MUI).
  • Perkara tersebut dimaklumkan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan perubahan agensi pensijilan halal bertauliah di republik tersebut.
  • Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, ia turut memberi penjelasan terperinci setelah mendapat maklum balas rasmi daripada pihak pemerintah Indonesia mengenai isu itu.
  • “Label produk yang ada logo halal sah daripada Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika (LPPOM) MUI masih boleh digunakan sehingga Februari 2026”, katanya. 

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini tidak perlu was-was dengan sebarang produk dari Indonesia yang masih lagi menggunakan logo halal dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Perkara tersebut dimaklumkan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan perubahan agensi pensijilan halal bertauliah di republik tersebut.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, ia turut memberi penjelasan terperinci setelah mendapat maklum balas rasmi daripada pihak pemerintah Indonesia mengenai isu itu.

“Label produk yang ada logo halal sah daripada Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika (LPPOM) MUI masih boleh digunakan sehingga Februari 2026.

“Jadi, sijil halal daripada LPPOM MUI masih boleh digunakan di Malaysia sehingga tamat tempoh sah laku sijil berkenaan.

“Namun, pemegang sijil LPPOM MUI yang sudah tamat tempoh, maka permohonan untuk pembaharuan sijil hendaklah dibuat kepada pihak BPJPH pula selepas ini,” katanya.

BPJPH merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Agama Indonesia tetapi penguatkuasaan sijil dan logo halal badan tunggal itu hanya bermula pada 1 Mac 2022.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *