Terkini
MUDA kesal masih tiada kawal selia cecair dan gel nikotin di Malaysia
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kesal produk cecair atau gel nikotin masih tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia dan undang-undang di Malaysia.
- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menjelaskan pendirian mereka berhubung RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang merangkumi Dasar Generasi Penamat (GEG).
- “Kelompongan Undang-Undang: Kegagalan untuk meluluskan RUU ini bermaksud kelompongan atau “lacuna” produk vape dan rokok elektronik ini akan berterusan.
- “Risiko Tinggi Kepada Golongan Bawah Umur: Tindakan tergesa-gesa pihak kerajaan untuk mencukai penjualan cecair vape yang ada kandungan nikotin sebaliknya telah memangsakan golongan bawah umur.
- “MUDA berpendirian sehinggalah RUU dapat diluluskan, YB Menteri Kesihatan harus mengembalikan semula cecair dan gel nikotin di bawah Akta Racun 1952,” kata MUDA menerusi hantaran Instagram di sini pada Rabu.
- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 12 Jun lalu dilaporkan berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.
KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kesal produk cecair atau gel nikotin masih tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia dan undang-undang di Malaysia.
Parti politik itu dalam kenyataannya pada Rabu menjelaskan pendirian mereka berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang merangkumi Dasar Generasi Penamat (GEG).
MUDA berkata kegagalan meluluskan RUU berkenaan menyebabkan kelompongan atau ‘lacuna’ produk vape dan rokok elektronik akan terus berlaku.
Katanya, perkara itu juga meletakkan golongan bawah umur dalam kelompok berisiko tinggi apabila kerajaan seolah-olah tergesa-gesa mengenakan cukai cecair vape.
“Kelompongan Undang-Undang: Kegagalan untuk meluluskan RUU ini bermaksud kelompongan atau “lacuna” produk vape dan rokok elektronik ini akan berterusan.
“Risiko Tinggi Kepada Golongan Bawah Umur: Tindakan tergesa-gesa pihak kerajaan untuk mencukai penjualan cecair vape yang ada kandungan nikotin sebaliknya telah memangsakan golongan bawah umur.
“MUDA berpendirian sehinggalah RUU dapat diluluskan, YB Menteri Kesihatan harus mengembalikan semula cecair dan gel nikotin di bawah Akta Racun 1952,” kata MUDA menerusi hantaran di Instagram di sini pada Rabu.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 12 Jun lalu dilaporkan berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.
Katanya, perkara itu diambil kira selepas menerima maklum balas menerusi sesi libat urus pada 6 Mac lalu.
Ini kali kedua RUU yang turut dikenal sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) itu dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada tahun lalu.
RUU berkenaan dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.
Dalam pada itu, tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendapati penggunaan vape dalam kalangan remaja di Malaysia meningkat daripada prevalens 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022, dengan kadar peningkatan 52 peratus. — The Merdeka Times
Sumber : Instagram partimuda