Connect with us

Terkini

KPM proaktif tangani unsur songsang di institusi pendidikan – Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bertolak ansur dengan ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bagi membebaskan institusi pendidikannya daripada terjebak dengan gerakan songsang itu.

Wartawan TMT

Published

on

KPM proaktif tangani unsur songsang di institusi pendidikan – Fadhlina
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bertolak ansur dengan ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) membebaskan institusi pendidikan daripada terjebak dengan gerakan songsang itu.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sebagai menjawab dakwaan Datuk Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) bahawa pengaruh LGBT menembusi institusi persekolahan sehingga mengakibatkan ribuan murid terjebak dengan ideologi itu.
  • KPM mengambil tindakan dengan memberi penekanan aspek pembentukan insaniah dalam kalangan murid.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bertolak ansur dengan ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bagi membebaskan institusi pendidikannya daripada terjebak dengan gerakan songsang itu.

Ketegasan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sebagai menjawab dakwaan Datuk Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) bahawa pengaruh LGBT sudah menembusi institusi persekolahan sehingga mengakibatkan ribuan murid terjebak dengan ideologi itu.

Mengulas lanjut beliau berkata KPM mengambil tindakan dengan memberi penekanan aspek pembentukan insaniah dalam kalangan murid.

“Untuk makluman YB (Yang Berhormat), kita tidak kompromi dalam soal adab, akhlak dan juga budaya songsang.

“Untuk itu kita memberikan penekanan kepada aspek Karamah Insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

“Dalam masa yang sama, penekanan terhadap konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) merentas semua segmen dalam pendidikan yang turut diberi perhatian,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisement

Menyentuh kegusaran Ahli Parlimen Pokok Sena mengenai LGBT, Fadhlina menjelaskan KPM sentiasa cakna dan proaktif dalam isu berkait rapat dengan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan generasi muda.

Katanya, banyak program yang dilaksanakan termasuk secara rentas kementerian antaranya dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

“Ia bagi memastikan pelaksanaan pendidikan seksualiti secara kohesif dan komprehensif selain selaras dengan pelbagai rujukan dan saranan antarabangsa, termasuk Garis Panduan Teknikal Antarabangsa Mengenai Pendidikan Seksualiti Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending