Terkini
Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di Malaysia – Wan Fayhsal
Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di negara ini sebaliknya ia tindakan mempertahankan leluhur agama, budaya dan tradisi di Malaysia daripada anasir tidak sesuai dengan norma masyarakat di sini.
- Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di negara ini sebaliknya ia tindakan mempertahankan leluhur agama, budaya dan tradisi di Malaysia daripada anasir tidak sesuai dengan norma masyarakat di sini.
- Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sekiranya kita dilihat zalim atau mendiskriminasi kelompok itu kerana mempertahan perkara sedemikian, maka ia bukanlah kesalahan.
- Rakyat negara ini juga tidak perlu malu mengenai laporan Indeks Hak Trans Global meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.
- “Tapi kalau ada contoh bukti kezaliman berbentuk fizikal membunuh mencederakan golongan LGBT itu kena ambil seriuslah teguran dibuat tapi saya tak pernah dengar lagi diskriminasi sebegitu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
- Wan Ahmal Fahysal berkata undang-undang sedia ada tidak cukup untuk membendung penyebaran ideologi LGBTQ yang semakin menular dan kompleks, justeru mencadangkan penggubalan akta anti propaganda LGBTQ.
KUALA LUMPUR — Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di negara ini sebaliknya ia tindakan mempertahankan leluhur agama, budaya dan tradisi di Malaysia daripada anasir tidak sesuai dengan norma masyarakat di sini.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sekiranya kita dilihat zalim atau mendiskriminasi kelompok songsang itu kerana mempertahan perkara sedemikian, maka ia bukanlah kesalahan.
Menurutnya, rakyat Malaysia tidak perlu malu laporan Indeks Hak Trans Global meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang negara Amerika Selatan, Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.
Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.
“Yang istimewa kita di peringkat antara tercorotlah ya bersama negara-negara Islam lain. Jadi bagi saya kalau ia dibuat ataupun atas faktor-faktor yang menggugat syariat, institusi keluarga, privasi orang Malaysia bagi saya tiada apa yang kita nak malu alah dengannya.
“Tapi kalau ada contoh bukti kezaliman berbentuk fizikal membunuh mencederakan golongan LGBT itu kena ambil seriuslah teguran dibuat tapi saya tak pernah dengar lagi diskriminasi sebegitu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
Wan Fayhsal berkata undang-undang sedia ada tidak cukup untuk membendung secara proaktif penyebaran ideologi LGBTQ yang semakin menular dan kompleks.
Tambahan lagi, katanya, ideologi itu juga disebarkan secara halus sebagaimana insiden koleksi jam tangan jenama Swatch bertemakan pelangi atau ‘Pride’, yang dikaitkan dengan komuniti LGBT.
“Jadi saya usulkan berkenaan akta anti propaganda LGBT dalam apa jua bentuk secara tersurat ataupun tersirat yang boleh menggugat pendirian, pentafsiran, pemahaman tradisi, perkahwinan, keluarga dan kanak-kanak.
“Ia untuk menguatkan lagi undang-undang kita agar rakyat terlindung daripadanya (LGBT),” katanya.
Pada 13 dan 14 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.
Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran. — The Merdeka Times