Terkini
Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal – Fadhlina
Guru Bahasa Melayu dan Inggeris paling ramai memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan pendidikan sejak dua tahun lalu.
- Guru Bahasa Melayu dan Inggeris paling ramai memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan pendidikan sejak dua tahun lalu.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata data direkodkan pihaknya mendapati kira-kira 6,890 pegawai dalam sektor perkhidmatan pendidikan memohon persaraan pilihan.
- Beliau berkata, jumlah direkodkan Kementerian Pendidikan (KPM) itu merangkumi guru yang mengajar dalam enam matapelajaran.
- “Berdasarkan rekod bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi dari 2021 hingga 2022 adalah seperti berikut.” katanya.
KUALA LUMPUR: Guru Bahasa Melayu dan Inggeris paling ramai memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan pendidikan sejak dua tahun lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata data direkodkan pihaknya mendapati kira-kira 6,890 pegawai dalam sektor perkhidmatan pendidikan memohon persaraan pilihan.
Beliau berkata, jumlah yang direkodkan Kementerian Pendidikan (KPM) itu merangkumi guru yang mengajar dalam enam matapelajaran.
“Berdasarkan rekod bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi dari 2021 hingga 2022 adalah seperti berikut.
“Bahasa Melayu (2,862), Bahasa Inggeris (1,146), Matematik (1,015), Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483),” katanya dalam jawapan lisan yang dipaparkan di laman web Parlimen semalam.
Bagi permohonan bersara tahun ini, Fadhlina berkata ia masih dalam proses kelulusan dan sedang dipertimbang agensi pusat.
Persaraan pilihan dibuka untuk mereka yang berusia 50 tahun dalam sektor kerajaan yang dilantik selepas 1991.
Umur bersara wajib pula antara 55 hingga 60 tahun.
Sumber: Berita Harian