Connect with us

Terkini

Zii Jia hampir pitam selepas kecundang

Faktor kesihatan menjadi punca pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tumpas di pusingan kedua Masters Malaysia ketika berdepan wakil Taiwan, Lin Chun Yi, malam semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Zii Jia hampir pitam selepas kecundang
Foto: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.
  • Faktor kesihatan menjadi punca pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tumpas di pusingan kedua Masters Malaysia ketika berdepan wakil Taiwan, Lin Chun Yi,malam semalam.
  • Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan cuba untuk bertahan di dalam gelanggang, namun terpaksa akur dengan kekalahan 19-21, 21-16, 15-21.
  • Selepas perlawanan tamat, Zii Jia terus ke ruangan temu ramah, namun selepas beberapa minit berdiri di hadapan kamera, dia terus bergerak meninggalkan kawasan itu kerana hampir pitam.

Kuala Lumpur: Faktor kesihatan menjadi punca pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tumpas di pusingan kedua Masters Malaysia ketika berdepan wakil Taiwan, Lin Chun Yi, malam semalam.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan cuba untuk bertahan di dalam gelanggang, namun terpaksa akur dengan kekalahan 19-21, 21-16, 15-21.

Selepas perlawanan tamat, Zii Jia terus ke ruangan temu ramah, namun selepas beberapa minit berdiri di hadapan kamera, dia terus bergerak meninggalkan kawasan itu kerana hampir pitam.

Menurut kakaknya, Lee Zii Yii yang bertindak sebagai pengurus pasukan, Zii Jia berasa pening dan tidak boleh berdiri dengan stabil.

“Dia tidak boleh ditemuramah, saya minta maaf kepada semua yang menunggu, saya hadir di sini untuk menggantikannya,” kata Zii Yii yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara.

Ujarnya, Zii Jia sudah berasa kurang selesa dengan masalah kesihatan itu sejak beberapa hari kebelakangan ini dan mengambil ubat tahan sakit.

“Selepas berehat, malangnya dia tidak boleh tahan dengan kesakitan yang dialami.

“Saya tidak pasti dia mengalami kekejangan atau tidak kerana tidak sempat bertanyakan kepada jurulatihnya, Liew Daren.

“Sebaik tamat saingan Piala Sudirman, memang dia keletihan ditambah dengan perjalanan termasuk menaiki bas selama dua jam, penerbangan di awal pagi,” kata Zii Yii.

Tambahnya, pemain negara yang beraksi di Piala Sudirman dan sambung beraksi di Masters Malaysia semua mengalami keadaan sama (kepenatan).

Selepas ini, Zii Jia akan terus berehat, namun memberi isyarat untuk beraksi di Terbuka Singapura dengan menentang wakil China, Weng Hongyang di pusingan pertama.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *