Connect with us

Terkini

Tidak kesal mansuh PLKN, Syed Saddiq dikecam netizen

Ciapan Syed Saddiq mengenai tiada penyesalan pemansuhan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat pelbagai reaksi warga Twitter di mana rata-ratanya mengecam hantaran tersebut dengan mengatakan PLKN wajar diwujudkan semula demi pemantapan  jati diri generasi muda yang dianggap lemah dan manja.

Anis Tarmizi

Published

on

Tidak kesal mansuh PLKN, Syed Saddiq dikecam netizen
Foto: Syed Saddiq
  • Ciapan Syed Saddiq mengenai tiada penyesalan pemansuhan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat pelbagai reaksi warga Twitter di mana rata-ratanya mengecam hantaran tersebut dengan mengatakan PLKN wajar diwujudkan semula demi pemantapan  jati diri generasi muda yang dianggap lemah dan manja.
  • “I don’t regret my time in PLKN. It made me a stronger person and learned independence. I managed through university life with maggi mee and scraping off the side of a nescafe bottle,” demikian ciapan pengguna Twitter @AmyAjak.
  • Program PLKN dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu  menjadi Timbalan Perdana Menteri pada Februari 2004, sehingga 2018 dan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Ciapan Syed Saddiq mengenai tiada penyesalan pemansuhan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat pelbagai reaksi warga Twitter di mana rata-ratanya mengecam hantaran tersebut dengan mengatakan PLKN wajar diwujudkan semula demi pemantapan  jati diri generasi muda yang dianggap lemah dan manja.

Menurut pengguna Twitter @AmyAjak, dirinya langsung tidak menyesali menyertai program tersebut.

“I don’t regret my time in PLKN. It made me a stronger person and learned independence. I managed through university life with maggi mee and scraping off the side of a nescafe bottle,” demikian ciapan pengguna @AmyAjak.

Ciapan pengguna Twitter @ReefNotRef pula berpandangan program bersifat khidmat pada negara wajar  diwajibkan bagi mengeratkan perpaduan kaum dan menanam semangat patriotisma.

“National service patut compulsory. Utk tanam semangat patriotik. Melayu, cina, india. Another method to encourage unity among different races, selain sistem pendidikan yang kena revamp,” demikian ciapan pengguna Twitter @ReefNotRef.

Akaun @ptrshahlia menyifatkan generasi muda kini semakin pudar semangat cintakan pada negara. 

“But YB it looked like today’s generation is no longer patriotic like the previous generation. There are still pros and cons to this issue actually. Moreover as far as I know MFLS can only be joined by those who are qualified. And until when will this outdated education issue end?,” ciapan pengguna Twitter @ptrshahlia.

Bagaimanapun ada yang mempersoalkan mengapa sistem PLKN  tidak ditambahbaik.

Instead, why don’t you fix the system of PLKN itself? How come Singaporeans still have compulsory National service but they are still doing good after that? And best to inform you National service in singapore is 2 years and compulsory for everyone. It is a good thing for sure, “ demikian ciapan daripada @mahadivengeance. 

Selain itu, @wabisaby berpandang PLKN ini antara kaedah untuk kita mengenali budaya  kerana percampuran kaum dan bangsa.

“For me PLKN is like a summer camp with a focus on nationalist concepts. Unfortunately, despite learning about other cultures,we still sit with our own. It is far behind if we really compare it to what SG & SK are doing where they properly do the military training & shoot fire,” ciapan daripada @wabisaby.

Malah ada juga yang cemburu kerana tidak berpeluang untuk menyertai PLKN. 

“Tak de rezeki join PLKN, jealous bila tengok kawan-kawan dapat tawaran masuk PLKN dulu. Perasaan masa tu, rasa macam disisihkan oleh kerajaan,” demikian ciapan daripada @sikawan88.

Syed Saddiq sebelum ini membuat ciapan di Twitter, tidak menyesali tindakannya memansuhkan PLKN dan menggantikan ia dengan (program) MFLS (Malaysia Future Leaders School).

Kenyatan itu bagi mengulas hantaran pengguna Facebook, Ahmad Burhanuddin yang berpandangan supaya PLKN diadakan semula.

Program PLKN dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu  menjadi Timbalan Perdana Menteri pada Februari 2004 sehingga 2018 dan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan dakwaan telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Syed Saddiq

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending