Connect with us

Terkini

Pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin dikategori tidak sah – Mufti Pulau Pinang

Pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin dikategori tidak sah – Mufti Pulau Pinang
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor (kiri).
  • Pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
  • Itu kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, yang memandang serius isu mas kahwin membabitkan pemberian tiket Coldplay di negara jiran.
  • Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak mengikut perkara yang boleh mengundang jatuhnya shubhah ketika akad nikah.
  • Ketika dihubungi Buletin TV3, beliau menegaskan antara syarat mas kahwin atau mahar perlulah terdiri daripada perkara yang mendapat keredhaan Allah.

KUALA LUMPUR: Pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.

Itu kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, yang memandang serius isu mas kahwin membabitkan pemberian tiket Coldplay di negara jiran.

Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak mengikut perkara yang boleh mengundang jatuhnya shubhah ketika akad nikah.

Ketika dihubungi Buletin TV3, beliau menegaskan antara syarat mas kahwin atau mahar perlulah terdiri daripada perkara yang mendapat keredhaan Allah.

“Apa sahaja yang disukai dan disenangi oleh bakal isteri daripada perkara yang mempunyai nilai dan halal boleh dijadikan mas kawin, sama ada harta benda atau sesuatu yang mempunyai nilai moral seperti bacaan ayat Al-Qur’an, hadis, kata-kata hikmah dan sebagainya.”

“Namun perkara-perkara yang jelas haram hukumnya, selain perkara-perkara yang samar atau meragukan juga hendaklah dielak,”katanya.

Baru-baru ini, video tular di media sosial memaparkan situasi akad nikah sepasang pengantin dari negara jiran yang menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.

Video itu dimuat naik di media sosial itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata menyatakan keliru dengan status perkahwinan berkenaan sama ada sah ataupun tidak.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *