Connect with us

Terkini

Majlis Peguam kuat main politik, berat sebelah – Puad Zarkashi

Majlis Peguam didakwa kuat main politik, berat sebelah dan amat selektif terhadap pihak yang mahu dipertahankan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Nur Aisyah

Published

on

Majlis Peguam kuat main politik, berat sebelah – Puad Zarkashi
Foto: Datuk Dr Puad Zarkashi (kiri) dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kanan).
  • Majlis Peguam sepatutnya mendaftar sebagai badan politik kerana didakwa tidak lagi bersikap profesional dan berat sebelah dalam menegakkan keadilan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.
  • Beliau mendakwa Bar Council mempertahankan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membidas  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyiasat Nazlan dan mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kerana mengesahkan hasil siasatan SPRM.
  • “Tidak ada yang pelik dengan tindakan Bar Council itu. Badan itu kuat main politik, berat sebelah dan amat selektif siapa yang mereka mahu pertahankan.
  • “Lebih baik daftar Bar Council sebagai badan politik. Badan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia tidak pun berperangai macam Bar Council,” kata Puad.

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam didakwa kuat main politik, berat sebelah dan amat selektif terhadap pihak yang mahu dipertahankan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Menurutnya, badan itu sepatutnya mengawal profesionalisme kepeguaman, namun kini tidak lagi fokus kepada tanggungjawab asas mereka. 

“Tetapi banyak berada di gelanggang politik dan main politik. Lebih baik daftar Bar Council sebagai badan politik.

“Badan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia tidak pun berperangai macam Bar Council,” katanya dalam satu hantaran Facebook pagi ini.

Beliau menjelaskan badan itu sepatutnya membahaskan dapatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali melanggar tata etika hakim. 

“Itu baru betul. Buatlah pendirian yang bermaruah.

“Kenapa marah Peguam Negara kerana tidak mempertahankan Hakim Nazlan. Kenapa tutup mata sebelah dalam kes Zetti Aziz. 

“Kenapa tidak bahas memoir Tommy Thomas yang mendakwa ada campur tangan dalam perlantikan hakim hakim. Kuat politik Bar Council,” katanya.

Sebelum itu, laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara mendapati Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Dr Puad Zarkashi.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *