Connect with us

Terkini

El Nino: Peniaga diminta tidak naikkan harga pendingin hawa, kipas

Peniaga barangan elektrik di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pendingin hawa dan kipas susulan jangkaan fenomena El Nino kuat bermula bulan depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

El Nino: Peniaga diminta tidak naikkan harga pendingin hawa, kipas
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan.
  • Peniaga barangan elektrik di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pendingin hawa dan kipas susulan jangkaan fenomena El Nino kuat bermula bulan depan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan permintaan terhadap peralatan elektrik berkenaan.
  • Sehingga kini pihaknya belum menerima maklumat mengenai permintaan mendadak bagi kedua-dua barangan elektrik itu, namun ia sentiasa dalam pemantauan pihak berkuasa.
  • “Setakat ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) belum menerima apa-apa aduan mengenai peningkatan pembelian pendingin hawa atau kipas namun tidak kemungkinan perkara ini akan berlaku.
  • “Bagaimanapun, kami meminta supaya orang ramai mendapatkan peralatan berkenaan dengan harga yang berpatutan dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya.

SEREMBAN: Peniaga barangan elektrik di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pendingin hawa dan kipas susulan jangkaan fenomena El Nino kuat bermula bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan permintaan terhadap peralatan elektrik berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima maklumat mengenai permintaan mendadak bagi kedua-dua barangan elektrik itu, namun ia sentiasa dalam pemantauan pihak berkuasa.

“Setakat ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) belum menerima apa-apa aduan mengenai peningkatan pembelian pendingin hawa atau kipas namun tidak kemungkinan perkara ini akan berlaku.

“Bagaimanapun, kami meminta supaya orang ramai mendapatkan peralatan berkenaan dengan harga yang berpatutan dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula bulan depan, disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.

Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.

Mengulas mengenai situasi semasa di negeri ini, Veerapan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tidak mengesan sebarang kes serangan strok haba di negeri ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar terutama bagi golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit.

“Semua sekolah juga perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas sekali gus bagi mengurangkan risiko,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *