Connect with us

Terkini

Masjid diminta adakan solat hajat untuk rakyat di Sudan – Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masjid diminta adakan solat hajat untuk rakyat di Sudan - Agong
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara tersebut.
  • Al-Sultan Abdullah bertitah supaya semua masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah S.W.T agar rakyat Malaysia berada di bawah lindunganNYA dan ketegangan di Sudan dapat dihentikan segera.
  • Baginda menyarankan agar kerajaan bersedia membawa mereka pulang ke tanah air secepat mungkin sekiranya keadaan bertambah tegang.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara tersebut.

Al-Sultan Abdullah bertitah supaya semua masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah S.W.T agar rakyat Malaysia berada di bawah lindunganNYA dan ketegangan di Sudan dapat dihentikan segera.

Pada masa sama, baginda menyarankan agar Kerajaan bersedia membawa mereka pulang ke tanah air secepat mungkin sekiranya keadaan bertambah tegang.

Terdahulu media melaporkan, sekurang-kurangnya 27 maut, manakala 183 lagi cedera selepas pertempuran meletus di antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), di Khartoum kelmarin.

Pertempuran kedua-dua pihak itu dikatakan berpunca daripada lonjakan keganasan menjelang pilihan raya selepas rampasan kuasa tentera.

Kesatuan Doktor Sudan, berkata pihaknya tidak pasti sama ada mangsa dalam pertempuran antara tentera dan RSF itu membabitkan orang awam atau sebaliknya.

Katanya, kes kematian direkodkan di Lapangan Terbang Khartoum dan bandar berdekatan Omdurman serta di bandar Nyala, El Obeid dan El Fasher, yang terletak di barat ibu negara Khartoum.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *