Antarabangsa
525 keluarga terima bantuan perumahan di Makkah
Timbalan Gabenor Makkah, Putera Badr bin Sultan menyerahkan 525 rumah kepada keluarga memerlukan di bawah program perumahan untuk wilayah itu.
- Timbalan Gabenor Makkah, Putera Badr bin Sultan menyerahkan 525 rumah kepada keluarga yang memerlukan di bawah program perumahan untuk wilayah itu.
- Penyerahan itu dihadiri Naib Menteri Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan, Eng. Abdullah bin Mohammed Al-Budair.
- Acara itu juga merupakan sebahagian daripada Kempen Langganan Amal Jood Eskan.
Timbalan Gabenor Makkah, Putera Badr bin Sultan menyerahkan 525 rumah kepada keluarga memerlukan di bawah program perumahan untuk wilayah itu.
Memetik laporan Arab News, penyerahan itu dihadiri Naib Menteri Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan, Eng. Abdullah bin Mohammed Al-Budair.
Eng. Abdullah mengucapkan terima kasih kepada gabenor Makkah, Putera Khalid Al-Faisal dan penasihat Raja Salman, Putera Badr bin Sultan kerana menaja acara itu.
Acara itu juga merupakan sebahagian daripada Kempen Langganan Amal Jood Eskan.
Dalam pada itu, kementerian berhasrat menyediakan perumahan untuk keluarga di seluruh negara sejajar dengan Wawasan Saudi 2030.
Kempen Langganan Jood Eskan Amal itu bertujuan menyediakan 3,500 unit rumah untuk mereka yang paling memerlukan.
Sumber: Arab News