Connect with us

Terkini

Subsidi bersasar diesel sedang dikaji

Kerajaan sedang mengkaji untuk memberikan subsidi bersasar terhadap diesel pada masa akan datang selepas subsidi bersasar terhadap tarif elektrik dilaksanakan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Subsidi bersasar diesel sedang dikaji
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan sedang mengkaji untuk memberikan subsidi bersasar terhadap diesel pada masa akan datang selepas subsidi bersasar terhadap tarif elektrik dilaksanakan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
  • “Selepas elektrik, saya fikir apa yang kita perlu beri perhatian ialah diesel. Ia (juga) kurang membabitkan rakyat dan sebaliknya lebih kepada komersial.”
  • “Barangkali ia boleh diperluaskan pada harga lebih tinggi di pam (stesen minyak) bagi atasi masalah ketirisan (diesel) daripada terus berlaku.”
  • “Apa yang penting, sebarang langkah kerajaan untuk kaji semula subsidi perlu diteliti, seperti mana saya jelaskan dalam Belanjawan 2023, peruntukan telah disediakan untuk teruskan subsidi kerana Perdana Menteri amat peka dan prihatin dengan cabaran kos sara hidup dihadapi rakyat,” katanya pada sesi perbincangan ketika menjadi panelis Invest Malaysia di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk memberikan subsidi bersasar terhadap diesel pada masa akan datang selepas subsidi bersasar terhadap tarif elektrik dilaksanakan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Selepas elektrik, saya fikir apa yang kita perlu beri perhatian ialah diesel. Ia (juga) kurang membabitkan rakyat dan sebaliknya lebih kepada komersial.

“Sudah terdapat kaedah sedia ada diguna pakai ketika ini. Sebagai contoh pengangkutan awam mempunyai kad fleet yang membolehkan mereka membeli diesel pada harga rendah.

“Barangkali ia boleh diperluaskan pada harga yang lebih tinggi di pam (stesen minyak) bagi mengatasi masalah ketirisan (diesel) daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan ketika menjadi panelis pada Invest Malaysia di sini, semalam.

Sesi itu dikendalikan oleh Ketua Ahli Ekonomi Maybank, Suhaimi Ilias.

Mengulas lanjut. Johan berkata, seperti mana disebutkan Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2923, berlaku ketirisan diesel pada masa ini di mana antara perkara yang akan dibuat adalah meningkatkan penguatkuasaan untuk mengurangkan ketirisan.

“Apa yang penting, sebarang langkah kerajaan untuk mengkaji semula subsidi perlu diteliti, seperti mana yang saya jelaskan dalam Belanjawan 2023, peruntukan telah disediakan untuk teruskan subsidi kerana Perdana Menteri amat peka dan prihatin dengan cabaran kos sara hidup dihadapi rakyat.

“Cuma apabila subsidi diberikan kepada semua, isunya ialah mereka terutamanya golongan kaya yang lebih mendapat manfaat.

“Kerana itu, terdapat keperluan untuk kaji apakah kaedah lebih baik supaya golongan berpendapatan rendah masih dapat dilindungi oleh kerajaan, tetapi dengan mengurangkan ketirisan membabitkan sektor komersial atau golongan kaya,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan pelaksanaan Cukai Barangan Mewah, Johan berkata, cadangan mengenainya pernah diutarakan sebelum ini dan Perdana Menteri mengarahkan supaya ia dilihat semula.

“Saya fikir perkara utama ialah bagaimana kita mentafsirkan produk yang akan tertakluk kepada cukai mewah ini, apakah nilai ambang yang mahu ia dikenakan, dan apakah cukai jualan tambahan.

“Sekali lagi, ini adalah sesuatu yang kami komited untuk adakan libat urus, terutamanya dengan sektor runcit dan pelancongan, dan kami harapkan dapat perjelaskannya tahun ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author