Terkini
Puji kemenangan Michelle Yeoh, PM dan pemimpin kerajaan dilabel hipokrit!
Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan dilabel hipokrit kerana memberi pujian ke atas kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar tapi pada masa sama mengambil tindakan ke atas filem tempatan Mentega Terbang dan Pulau.
- Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan dilabel hipokrit kerana memberi pujian ke atas kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar tapi pada masa sama mengambil tindakan ke atas filem tempatan Mentega Terbang dan Pulau.
- Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek berkata demikian berikutan beberapa kru produksi filem indie Mentega Terbang disiasat polis berhubung kandungan filem mereka.
- “Adakah Anwar Ibrahim, Fahmi Fadzil dan pemimpin lain tidak sedar di Malaysia, filem Michelle Yeoh akan membawa kepada siasatan jenayah kerana “sentimen menyinggung perasaan” atau “melanggar sensitiviti agama” kerana tema LGBT di dalamnya?
- “Michelle Yeoh sendiri mungkin diheret untuk disoal siasat polis seperti yang dilakukan kepada pelakon Mentega Terbang,” katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang LFL pada Selasa.
- Seni, dalam apa jua bentuk atau rupa, dilindungi di bawah kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan”. – Zaid Malek.
- Filem Mentega Terbang yang disiarkan di platform Viu bermula 19 Januari dialih keluar pada 27 Februari lalu susulan dikritik hebat kerana kandungannya yang didakwa mempersendakan agama.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan dilabel hipokrit kerana memberi pujian ke atas kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar tapi pada masa sama mengambil tindakan ke atas filem tempatan Mentega Terbang dan Pulau.
Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek berkata demikian berikutan beberapa orang kru produksi filem indie Mentega Terbang disiasat polis berhubung kandungan filem itu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
“Adalah munafik, tidak ikhlas dan bercanggah bagi pemimpin kerajaan dan Finas untuk memberi pujian untuk kemenangan Michelle Yeoh, manakala penerbit dan pelakon filem tempatan yang bekerja keras terpalit dengan gangguan dan siasatan jenayah berhubung kandungan filem mereka.
“Adakah Anwar Ibrahim, Fahmi Fadzil dan pemimpin lain tidak sedar di Malaysia, filem Michelle Yeoh akan membawa kepada siasatan jenayah kerana “sentimen menyinggung perasaan” atau “melanggar sensitiviti agama” kerana tema LGBT di dalamnya?
“Michelle Yeoh sendiri mungkin diheret untuk disoal siasat polis seperti yang dilakukan kepada pelakon Mentega Terbang,” katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang LFL pada Selasa.
Zaid menyifatkan tindakan dikenakan ke atas filem Mentega Terbang itu menunjukkan kerajaan hari ini di bawah pimpinan Pakatan Harapan tidak berbeza dengan kerajaan terdahulu dalam mengenakan penapisan filem yang dilihat keterlaluan.
Katanya, kerajaan perlu faham bahawa seni itu subjektif di mana ia bukan sekadar untuk hiburan sebaliknya juga membuka fikiran, sekaligus berisiko menyinggung sesetengah pihak.
“Seni, dalam apa jua bentuk atau rupa, dilindungi di bawah kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Menjadi kewajipan kerajaan melindungi ekspresi artistik tersebut dan tidak memberi laluan kepada kumpulan tertentu yang mahu menentukan apa boleh atau tidak boleh dihasilkan.
“Apabila itu ukuran penapisan, skala akan sangat memihak kepada majoriti yang dilihat mengorbankan minoriti, membawa kepada pemadaman sepenuhnya realiti yang ingin diceritakan kumpulan minoriti melalui medium artistik pilihan mereka,” katanya.
Zaid berkata jika kerajaan benar-benar mahu mengambil kredit untuk sebarang pujian diperoleh artis Malaysia, maka ia harus melindungi produk kebebasan kreatif dalam negara ini dengan mempertahankannya di bawah Perlembagaan terkait.
Katanya, langkah pertama perlu diambil adalah menghentikan serta-merta siasatan dijalankan ke atas pihak filem Mentega Terbang dan tidak lagi menggunakan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pembikin filem atau artis tempatan lain pada masa akan datang.
Melalui tindakan itu, perfileman dan persada seni tempatan boleh berkembang dan kerajaan baharu mempunyai hak untuk berkongsi kegemilangan pencapaian pelakon atau pembikin filem Malaysia, kata Zaid.
Minggu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mengambil keterangan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbang di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Manakala rakaman percakapan ke atas penerbit filem itu dilaporkan dibuat pada 14 Mac (Selasa).
Terdahulu, filem Mentega Terbang yang disiarkan di platform Viu bermula 19 Januari itu dialih keluar pada 27 Februari lalu susulan dikritik hebat kerana kandungannya yang didakwa mempersendakan agama.
Filem itu mengisahkan tentang Aisyah, 16, yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula. – The Merdeka Times
Sumber: Lawyers For Liberty
Terkini
Dasar luar Malaysia rapuh, tidak bersedia untuk konflik peperangan
Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.
- Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.
- Beliau berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas Palestin.
- Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.
- “Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya, sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.
- “Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam.
- Beliau berkata Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
KUALA LUMPUR — Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.
Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas Palestin.
Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.
Katanya, Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
“Kalau dasar luar Malaysia sangat rapuh, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam negara kita dan kita pun tak mustahil boleh jadi seperti Palestin, di mana mereka (orang asing) masuk, fight negara kita.
“Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.
“Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pelancaran dron Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab rejim zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.
Media pada Isnin melaporkan kabinet Jordan mengatakan setiap objek yang terbang memasuki ruang udara negara itu pada lewat malam Sabtu lalu dipintas demi keselamatan rakyat Jordan.
Kenyataan itu dikeluarkan kabinet Jordan selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa negara itu memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel. — The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia
-
Antarabangsa2 days ago
Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan
-
Terkini1 day ago
Mahkamah batal penukaran agama gadis Kristian kepada Islam
-
Terkini1 day ago
Akaun 3 KWSP sedang dimuktamadkan, perincian dijangka umum sebelum hujung April