Connect with us

Terkini

Pelan tindakan mobiliti untuk OKU perlu diperkenal – Senator

Senator Datuk Ras Adiba Radzi menggesa Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pelan tindakan mobiliti inklusif untuk menambah baik kemudahan orang kurang upaya (OKU) di kawasan pengangkutan awam termasuk perhentian dan stesen bas, lapangan terbang serta stesen kereta api.

Wartawan TMT

Published

on

Pelan tindakan mobiliti untuk OKU perlu diperkenal - Senator
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Senator Datuk Ras Adiba Radzi menggesa Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pelan tindakan mobiliti inklusif untuk menambah baik kemudahan OKU di kawasan pengangkutan awam termasuk perhentian dan stesen bas, lapangan terbang serta stesen kereta api.
  • Saya harap usaha ini juga boleh dilaksanakan di lapangan terbang yang lain di seluruh negara dan disediakan untuk semua syarikat penerbangan,” katanya.
  • “Di mana audit akses dibuat, mereka mesti mengambil kira pelbagai keperluan orang kurang upaya, termasuk mereka yang mengalami masalah deria dan kognitif. Pengauditan hendaklah dijalankan oleh juruaudit atau perunding pakar yang diiktiraf.
  • Diskriminasi ketidakupayaan berlaku apabila OKU dilayan dengan kurang baik berbanding orang tanpa kecacatan dalam keadaan yang sama atau serupa, katanya.

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Radzi menggesa Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pelan tindakan mobiliti inklusif untuk menambah baik kemudahan orang kurang upaya (OKU) di kawasan pengangkutan awam termasuk perhentian dan stesen bas, lapangan terbang serta stesen kereta api.

Dalam satu kenyataan bersempena Hari Kerusi Roda Antarabangsa, hari ini, katanya, pengenalan perundangan dalam bidang ini memerlukan pandangan baharu tentang panduan yang sudah wujud, sama ada ia terkini, konsisten dan menyeluruh serta sama ada terdapat pertindihan dan ketinggalan.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2023 minggu lalu, kerajaan menyatakan kemudahan tanjakan kerusi roda akan dibina di tujuh lapangan terbang di Sabah dan Sarawak untuk manfaat ribuan pengguna kerusi roda yang menggunakan khidmat penerbangan MASWings.

Saya harap usaha ini juga boleh dilaksanakan di lapangan terbang yang lain di seluruh negara dan disediakan untuk semua syarikat penerbangan,” katanya.

Presiden OKU Sentral itu berkata penyelesaian juga perlu diwujudkan untuk menangani isu berkenaan infrastruktur kebolehcapaian di bangunan sedia ada dan pada kawasan persekitaran pejalan kaki.

Beliau berkata audit akses boleh menyediakan analisis terperinci tentang potensi dan masalah sebenar dan boleh dibuat berdasarkan rancangan untuk bangunan baharu serta dengan meninjau bangunan sedia ada.

“Di mana audit akses dibuat, mereka mesti mengambil kira pelbagai keperluan orang kurang upaya, termasuk mereka yang mengalami masalah deria dan kognitif. Pengauditan hendaklah dijalankan oleh juruaudit atau perunding pakar yang diiktiraf.

Advertisement

“Penambahbaikan kepada kebolehcapaian di bangunan sedia ada mungkin dilakukan secara paling berhemat sebagai sebahagian daripada pembaikan, penyelenggaraan, pengubahsuaian dan penghiasan semula secara berkala,” katanya.

Ras Adiba berkata banyak lagi yang diperlukan untuk mengatasi isu kebolehcapaian di tempat kerja seperti mewujudkan atau menyediakan tempat khas parkir berhampiran pintu masuk dankeluar bangunan; mempunyai akses tanpa tangga; tulisan braille pada pintu dan semua papan tanda yang diletakkan dalam jangkauan serta tandas yang boleh diakses.

Sementara itu, beliau berkata dengan peningkatan populasi OKU di negara ini, sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai Akta Anti Diskriminasi untuk OKU seperti Akta Diskriminasi OKU United Kingdom 1995 dan Akta OKU Amerika Syarikat 1990.

Diskriminasi ketidakupayaan berlaku apabila OKU dilayan dengan kurang baik berbanding orang tanpa kecacatan dalam keadaan yang sama atau serupa, katanya.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), sebanyak 218,116 orang kurang upaya fizikal telah didaftarkan sehingga 31 Dis 2022.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending