Terkini
KPM tidak halang NGO buka kelas bantu anak Orang Asli
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak ada halangan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membuka kelas membantu anak Orang Asli yang tercicir persekolahan di pedalaman.
- Kementerian Pendidikan (KPM) tidak ada halangan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membuka kelas membantu anak Orang Asli yang tercicir persekolahan di pedalaman.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagaimanapun NGO berkenaan perlulah mematuhi dan merujuk silibus yang diajar di peringkat sekolah rendah berasaskan kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) serta elemen pembangunan sahsiah.
- “Kementerian ini tidak menghalang usaha murni dan tanggungjawab sosial NGO berkenaan, tetapi mestilah mematuhi garis panduan silibus dan sebagainya di bawah Akta Pendidikan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau dekat sini semalam.
LIPIS – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak ada halangan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membuka kelas membantu anak Orang Asli yang tercicir persekolahan di pedalaman.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagaimanapun NGO berkenaan perlulah mematuhi dan merujuk silibus yang diajar di peringkat sekolah rendah berasaskan kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) serta elemen pembangunan sahsiah.
“Kementerian ini tidak menghalang usaha murni dan tanggungjawab sosial NGO berkenaan, tetapi mestilah mematuhi garis panduan silibus dan sebagainya di bawah Akta Pendidikan.
“Saya amat berterima kasih kepada NGO dan dermawan yang turut menyumbangkan dana untuk membuka kelas pembelajaran anak Orang Asli di kawasan terpencil serta menyumbangkan kepakaran pedagogi dan peralatan belajar,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau dekat sini semalam.
Menurut Fadhlina, KPM sedia maklum serta mengakui beberapa buah NGO yang melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membuka kelas rimba anak Orang Asli etnik Bateq di beberapa perkampungan berdekatan Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling di Jerantut.
Kosmo! pernah melaporkan kelas pembelajaran rimba dan Ciup Badui Sikulah yang dilaksanakan oleh NGO tempatan dan luar yang turut menyumbangkan dana dan kepakaran pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan ahli NGO berkenaan.
“Kita akan pantau perkembangan kelas berkenaan dan saya amat berharap NGO berkenaan mematuhi garis panduan silibus yang diajar berasaskan 3M dan menjana pembinaan sahsiah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan KPM akan memberikan keutamaan dengan melebarkan kemudahan pembelajaran kepada anak Orang Asli di Kuala Tahan, Ulu Tembeling (Jerantut) dan tempat lain berasaskan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) seperti yang dirintis di SMK RPS BETAU, Lipis dan SK Long Belian, Sarawak.
“Kita akan melihat perkembangan pendidikan anak Orang Asli di pedalaman Taman Negara dan Ulu Tembeling dan tempat lain, sekiranya berkeperluan model yang sama akan dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya.
Sumber: Kosmo