Connect with us

Terkini

Jika pengeluaran telur stabil, kita akan ‘stop import’ – Mat Sabu

Pengimportan telur ayam akan dihentikan sekiranya pengeluaran dan bekalan bahan asas itu kembali stabil dalam tempoh terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jika pengeluaran telur stabil, kita akan 'stop import’ – Mat Sabu
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Pengimportan telur ayam akan dihentikan sekiranya pengeluaran dan bekalan bahan asas itu kembali stabil dalam tempoh terdekat.
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjelasan lanjut mengenai perkara itu sudah dinyatakan kementeriannya semalam.
  • “Saya tidak jawab tambahan melainkan yang tersedia ada (kenyataan (kementerian). Itu sahaja. Jika pengeluaran telur stabil, kita akan stop (berhenti). Jadi, kita harap ia stabil dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan program Bantuan Wang Persekolahan Agrobank di Desa Latania di sini pada isnin. 

SHAH ALAM: Pengimportan telur ayam akan dihentikan sekiranya pengeluaran dan bekalan bahan asas itu kembali stabil dalam tempoh terdekat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjelasan lanjut mengenai perkara itu sudah dinyatakan kementeriannya semalam..

“Saya tidak jawab tambahan melainkan yang tersedia ada (kenyataan (kementerian). Itu sahaja. Jika pengeluaran telur stabil, kita akan stop (berhenti). Jadi, kita harap ia stabil dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan program Bantuan Wang Persekolahan Agrobank di Desa Latania di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan kelengkapan persekolahan dan wang tunai RM150 kepada 200 pelajar sekolah rendah di sekitar Parlimen Kota Raja.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kerajaan tidak memberikan subsidi atau menggunakan sebarang dana awam untuk diberikan kepada syarikat pengimport telur ayam di negara ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan sebarang perbelanjaan dan risiko dihadapi syarikat pengimport itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak berkenaan.

Pada 6 Disember lalu, Mohamad Sabu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara mencukupkan kekurangan bekalan telur tempatan yang  meruncing sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan memberi kontrak import telur dari India secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sekali gus bercanggah dengan janji Kerajaan Perpaduan.

Jelas Mohamad Sabu, pengimportan turut melibatkan bahan lain seperti daging dan kubis.

“Apabila kurang (bekalan), kita akan meminta untuk mengimportnya lagi. Namun, keadaan itu tidak sama bagi telur ayam,” ujarnya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *