Connect with us

Terkini

Jakim pertimbang garis panduan ahli politik ceramah di masjid, surau

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan garis panduan penyelarasan berceramah di masjid dan surau membabitkan ahli politik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jakim pertimbang garis panduan ahli politik ceramah di masjid, surau
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada pihak berkuasa agama negeri sama ada mahu mengikuti garis panduan untuk dilaksanakan.
  • “Kita sedia maklum tauliah agama adalah kuasa negeri, di peringkat Persekutuan macam Jakim berperanan untuk menyelaras dan menyeragamkan.
  • “Usaha itu kita akan cuba buat tetapi sama ada fatwa, isu tauliah, isu kehakiman, isu pendidikan, ia berbalik kepada kuasa negeri,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Konsultasi Guaman Syariah Percuma Sempena Ramadhan anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di sini, semalam.

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan garis panduan penyelarasan berceramah di masjid dan surau membabitkan ahli politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada pihak berkuasa agama negeri sama ada mahu mengikuti garis panduan untuk dilaksanakan.

“Kita sedia maklum tauliah agama adalah kuasa negeri, di peringkat Persekutuan macam Jakim berperanan untuk menyelaras dan menyeragamkan.

“Usaha itu kita akan cuba buat tetapi sama ada fatwa, isu tauliah, isu kehakiman, isu pendidikan, ia berbalik kepada kuasa negeri,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Konsultasi Guaman Syariah Percuma Sempena Ramadhan anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di sini, semalam.

Mohd Na’im berkata, sebagai agensi di peringkat Persekutuan, pihak Jakim sebagai agensi penyelaras akan cuba membuat penyelarasan mengenai perkara itu.

Sebelum ini, terdapat larangan daripada pihak berkuasa agama negeri untuk tidak membenarkan agar ahli politik menggunakan masjid serta surau sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Antara negeri-negeri yang melarang iaitu Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *