Connect with us

Terkini

Harga sayur dijangka naik Ramadan, Aidilfitri

Peniaga sayur menjangkakan peningkatan harga barang makanan itu menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Wartawan TMT

Published

on

Harga sayur dijangka naik Ramadan, Aidilfitri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Berdasarkan pengalaman lebih tiga dekad mengusahakan kedai sayur, kenaikan harga berlaku berikutan pembekal mengambil keuntungan sempena musim perayaan. – Peniaga, Aziza Mahrmi Deen.
  • “Memang begitulah dari dulu. Sekarang pun sikit-sikit harga dah naik, contohnya tomato sebelum ini antara RM5 ke RM6 kini mencecah RM10 ke RM12 sekilogram (kg).
  • “Pelbagai alasan diberikan pembekal tetapi yang pastinya harga sayur akan naik setiap kali Ramadan dan Aidilfitri, ” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.
  • “Harga naik apabila permintaan tinggi menjelang musim perayaan. Apabila permintaan naik mendadak akan berlaku kekurangan bekalan, jadi pembekal naikkan harga mereka,” katanya. – Peniaga, Veggie Tan.

Kuala Lumpur: Peniaga sayur menjangkakan peningkatan harga barang makanan itu menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Peniaga, Aziza Mahrmi Deen, 63, berdasarkan pengalaman lebih tiga dekad mengusahakan kedai sayur, kenaikan harga berlaku berikutan pembekal mengambil keuntungan sempena musim perayaan.

“Memang begitulah dari dulu. Sekarang pun sikit-sikit harga dah naik, contohnya tomato sebelum ini antara RM5 ke RM6 kini mencecah RM10 ke RM12 sekilogram (kg).

“Pelbagai alasan diberikan pembekal tetapi yang pastinya harga sayur akan naik setiap kali Ramadan dan Aidilfitri, ” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.

Aziza berkata, sejak kebelakangan ini, banyak sayur yang mengalami kenaikan harga terutama tomato, timun dan serai.

Bagaimanapun katanya, jika kenaikan tidak terlalu mendadak dia akan mengekalkan sayur berkenaan pada harga asal untuk menjaga hati pelanggannya.

“Kalau harga naik sikit contoh macam serai satu ikat besar pembekal jual RM12 tapi sekarang RM15 jadi kami tak naikkan harga.

“Harga sayur ini dari dulu macam itu, sekejap naik sekejap turun. Tapi selalunya kalau sudah naik susah pula nak turun,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya ingin dikenali Veggie Tan, 50, juga sependapat dengan Aziza yang menjangkakan peningkatan harga komoditi itu menjelang musim perayaan.

Selain itu katanya, faktor utama kenaikan harga sayur ketika ini adalah berpunca dari cuaca buruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Menurutnya, banjir yang melanda beberapa daerah sebelum ini memusnahkan tanaman di beberapa negeri menyebabkan permintaan sayur di pasaran terutama sekitar Lembah Klang meningkat mendadak.

“Saya mula berniaga sejak tahun 1992. Sepanjang tempoh itu harga sayur ini memang akan sentiasa turun naik atas dua faktor utama permintaan dan cuaca.

“Harga naik apabila permintaan tinggi menjelang musim perayaan. Apabila permintaan naik mendadak akan berlaku kekurangan bekalan, jadi pembekal naikkan harga mereka,” katanya.

Tan berkata, kenaikan harga sayur tidak dapat dikawal melainkan kerajaan melakukan sesuatu untuk memperkasakan sektor pertanian bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi walaupun berlaku peningkatan permintaan secara mendadak.

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending