Antarabangsa
Tidak sokong transgender, pelajar di Kanada digantung & ditangkap
Seorang pelajar sekolah menengah Katolik di Kanada digantung dan ditangkap kerana menegakkan kebenaran dengan menyokong binarisme jantina, menurut laporan media.
- Josh Alexander, 16 tahun digantung minggu ini dari Sekolah Tinggi Katolik St. Joseph di Renfrew, Ontario, kerana membantah penggunaan bilik air oleh golongan transgender.
- “Saya percaya Tuhan hanya cipta dua jantina,” kata Alexander kepada The Epoch Times dalam temu bual.
- Peguam Alexander, James Kitchen mendakwa, tindakan sekolah itu satu diskriminasi agama, dan membawa perkara itu ke tribunal hak asasi manusia Ontario.
- “Jelas sekali, dia sebenarnya tidak membuli mereka kerana istilah itu akan ditakrifkan oleh orang yang munasabah.
OTTAWA, 22 Rejab 1444H, Isnin – Seorang pelajar sekolah menengah Katolik di Kanada digantung dan ditangkap kerana menegakkan kebenaran dengan menyokong binarisme jantina, menurut laporan media.
Josh Alexander yang berusia 16 tahun digantung minggu ini dari Sekolah Tinggi Katolik St. Joseph di Renfrew, Ontario, kerana membantah penggunaan bilik air oleh golongan transgender.
“Saya percaya Tuhan hanya cipta dua jantina,” kata Alexander kepada The Epoch Times dalam temu bual.
Remaja itu menulis dalam laman Twitter bahawa polis Ontario menangkap dan mendakwanya selepas hadir ke kelas kerana melanggar perintah.
Peguam Alexander, James Kitchen mendakwa, tindakan sekolah tersebut sebagai satu diskriminasi agama, dan membawa perkara itu ke tribunal hak asasi manusia Ontario.
Beliau berkata, pihak sekolah telah menuduh anak guamnya ‘membuli’ pelajar transgender.
“Jelas sekali, dia sebenarnya tidak membuli mereka kerana istilah itu akan ditakrifkan oleh orang yang munasabah.
“Dia tidak memanggil mereka dengan ‘gelaran’ atau mengejek mereka.
“Tetapi dia hanya menyatakan pandangannya,” katanya.
Junior sekolah menengah itu dilaporkan tidak bersekolah sejak pertama kali digantung pada November.
Penggantungan Alexander telah ditarik balik pada bulan Januari tetapi ia telah diteruskan serta merta selepas Lembaga Sekolah Daerah Katolik Renfrew County. – Agensi
Sumber: Ismaweb