Connect with us

Terkini

Pensyarah koyak sijil ijazah bantah larangan pendidikan wanita di Afghanistan

Taliban menahan seorang pensyarah kanan, yang pernah membantah larangan pendidikan kepada golongan wanita di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pensyarah koyak sijil ijazah bantah larangan pendidikan wanita di Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Taliban menahan seorang pensyarah kanan yang pernah membantah larangan pendidikan kepada golongan wanita di negara itu.
  • Ismail Mashal dipukul dan ditahan kerana menyuarakan kemarahannya ketika tampil dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung dan bertindak mengoyakkan sijil ijazah yang dimiliki.
  • Perkongsian Ismail yang mengoyakkan sijil-sijil pendidikan yang dimiliki termasuk transkrip ijazah sarjana dan kedoktoran miliknya telah disiarkan di saluran televisyen TOLOnews sebelum menjadi tular.
  • Pengarah di Kementerian Maklumat dan Kebudayaan Afghanistan, Abdul Haq Hammad mengesahkan penahanan Ismail berikutan terlibat dengan tindakan provakatif kepada sistem pendidikan negara.

KABUL, 15 Rejab 1444H, Isnin — Taliban menahan seorang pensyarah kanan, yang pernah membantah larangan pendidikan kepada golongan wanita di negara itu.

Pensyarah berkenaan, Ismail Mashal telah dipukul dan ditahan kerana menyuarakan kemarahannya ketika tampil dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung dan bertindak mengoyakkan sijil ijazah yang dimiliki.

Saluran televisyen menunjukkan Ismail mengagihkan buku-buku miliknya kepada orang yang lalu-lalang di sekitar bandar Kabul.

Bagaimanapun tindakan Ismail mengagihkan buku tidak disenangi pihak berkuasa yang bertindak memukul tanpa belas kasihan serta membawanya dengan cara yang sangat tidak hormat, Khamis lalu.

Pendedahan berkenaan dibuat pembantu Ismail, Farid Ahmad Fazli yang menyatakan Ismail yang berpengalaman sebagai pensyarah selama tiga dekad di tiga buah universiti di Kabul ditahan dengan kejam walaupun tidak melakukan sebarang jenayah.

“Sehingga kini Ismail masih ditahan,” katanya lagi.

Perkongsian Ismail yang mengoyakkan sijil-sijil pendidikan yang dimiliki termasuk transkrip ijazah sarjana dan kedoktoran miliknya telah disiarkan di saluran televisyen TOLOnews sebelum menjadi tular.

Sementara itu Pengarah di Kementerian Maklumat dan Kebudayaan, Abdul Haq Hammad mengesahkan penahanan Ismail berikutan terlibat dengan tindakan provakatif kepada sistem pendidikan negara.

Katanya, agensi keselamatan sedang menyiasat pensyarah tersebut.

Di Afghanistan, jarang melihat seorang lelaki memprotes kerana menyokong wanita tetapi Ismail, yang terlibat dalam dunia pendidikan nekad membela hak wanita.

“Sebagai seorang lelaki dan guru, saya tidak dapat melakukan apa-apa lagi untuk mereka, dan merasakan sijil saya telah menjadi tidak berguna,” kata Ismail kepada AFP ketika itu. – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

Author