Komuniti
Penduduk Felda Triang 1 desak kerajaan baiki jalan enam tahun rosak
Selepas enam tahun bersabar berdepan jalan rosak teruk, penduduk di Felda Triang 1 di sini mendesak kerajaan segera menaik taraf laluan FT1564 menghala ke Bandar 34 di sini demi keselamatan penduduk dan pengguna laluan tersebut.

- Keadaan jalan rosak, beralun dan sempit mengundang risiko kira-kira 3,000 pengguna laluan sepanjang 18.8 kilometer yang jadi laluan utama keluar masuk penduduk di Felda Triang 1 dan kawasan sekitarnya setiap hari.
- Masalah itu berlaku bila kenderaan berat memasuki laluan tersebut untuk projek pembangunan dalam kawasan terbabit. – Ketua Komuniti Kampung Felda Triang 1, Mohd Sayuti Zakaria
- “Ia satu situasi mendukacitakan kerana ia laluan utama ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan ke kem tentera, orang luar kata jalan teruk.” – Ketua Peneroka Felda Triang 1, Mohamed Jidi Yaakob
- “Kami bukan membantah pembangunan, cuma minta pihak-pihak berwajib ambil tindakan segera, selain untuk elakkan lebih banyak kemalangan. Selasa lalu pun ada kemalangan dan mangsa dalam keadaan koma,” katanya.
BERA – Selepas enam tahun bersabar berdepan jalan rosak teruk, penduduk di Felda Triang 1 di sini mendesak kerajaan segera menaik taraf laluan FT1564 menghala ke Bandar 34 di sini demi keselamatan penduduk dan pengguna laluan tersebut.
Desakan timbul selepas pelbagai usaha didakwa telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut namun masih belum diselesaikan hingga kini.
Keadaan jalan yang rosak, beralun dan sempit mengundang risiko kira-kira 3,000 pengguna laluan sepanjang 18.8 kilometer yang menjadi laluan utama keluar masuk penduduk dan sekitarnya setiap hari.
Ketua Komuniti Kampung Felda Triang 1, Mohd Sayuti Zakaria, 56, memberitahu, penduduk menagih supaya laluan itu segera dinaik taraf demi keselesaan pengguna.
“Aduan telah pun dibuat, rayuan telah dibuat daripada pelbagai sudut kepada pelbagai pihak.
“Cuma kita tak dapat maklum balas. Alasannya terlalu banyak untuk baik pulih,” katanya di sini pada Rabu.
Ujar Sayuti, masalah itu berlaku apabila kenderaan berat memasuki laluan tersebut untuk projek pembangunan dalam kawasan terbabit.
“Kalau cakap pasal janji, daripada sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi sudah berjanji.
“Nak kata wakil rakyat tak tahu, tak munasabah. Nak kata Penghulu tak tahu, tak munasabah. Nak kata peringkat negeri Pahang, tah lah. Malulah. Malu kerana Pahang paling teruk jalan,” tegas Sayuti.
Jelas Sayuti lagi, beliau risau jika laluan itu dibiarkan tanpa segera dinaik taraf, lebih banyak kemalangan berlaku kerana setakat ini terdapat 15 kemalangan direkodkan termasuk insiden meragut nyawa selain terpaksa berdepan masalah debu.
Beliau juga memberitahu, mereka tidak teragak-agak dan nekad menutup jalan menyekat kenderaan berat masuk ke penempatan itu sebagai langkah drastik jika tindakan segera tidak diambil.
Bagi seorang peneroka, Norazman Idris, 56, mendakwa situasi tersebut menyebabkan penyelenggaraan kenderaan terpaksa dilakukan secara kerap kerana sering rosak.
“Tiga bulan sekali kena buat penyelenggaraan dan saya berharap pihak kerajaan memberikan perhatian serius dengan situasi yang dihadapi penduduk di sini,” katanya telah 30 tahun duduk di rancangan terbabit.
Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Triang 1, Mohamed Jidi Yaakob, 59 memberitahu situasi tersebut juga memberikan imej buruk kepada daerah Bera.
“Ia satu situasi mendukacitakan kerana ia juga laluan utama ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan ke kem tentera, orang luar kata jalan teruk.
“Kami bukan membantah pembangunan, cuma meminta pihak-pihak berwajib ambil tindakan segera, selain untuk elakkan lebih banyak kemalangan. Selasa lalu pun ada kemalangan juga dan difahamkan mangsa dalam keadaan koma,” tambah beliau.
Sumber: Sinar Harian
Komuniti
Rakyat rayu PM luluskan KWSP bersasar
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini.

- Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu lulus pengeluaran KWSP secara bersasar sebelum sesi persekolahan bermula.
- Rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. – Presidennya, Azmi Mohd. Tahir
- “Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri.
- “Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini.
Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan.
Katanya, ia juga bagi membuktikan bahawa pencarum bukan membuat tuntutan luar jangka itu secara suka-suka, tetapi ia semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan.
“Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri.
“Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata, yang penting tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar diluluskan dengan kadar segera sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka tidak lama lagi.
“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
PGIRM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.
Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.
Bagaimanapun, media pada Jumaat lepas melaporkan, kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.
Perdana Menteri dilapor berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman