Terkini
Malaysia akan bangunkan portal permintaan dan penawaran buruh
Malaysia bercadang membangunkan portal permintaan dan penawaran buruh dengan negara sumber pekerja asing bagi memudahkan interaksi berhubung pengambilan pekerja, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
- Cadangan itu bagi memudahkan interaksi berhubung pengambilan pekerja. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
- Katanya, melalui portal yang bakal dibangunkan, masing-masing dapat mengetahui jumlah pekerja yang diperlukan dari segi penawaran dan permintaan dalam sektor strategik, pembinaan dan pembuatan.
- “Interaksi dua hala menerusi portal berkenaan adalah antara teknologi digital yang perlu dimanfaatkan bagi melakukan perbincangan selain perlu bersemuka.”
- “Pihak KDN dan KSM bersedia mengguna pakai semua bentuk teknologi digital dan maklumat termasuk sistem block chain bagi memudahkan urusan berhubung perkara berkenaan (pengurusan pekerja asing).”
SEPANG: Malaysia bercadang membangunkan portal permintaan dan penawaran buruh dengan negara sumber pekerja asing bagi memudahkan interaksi berhubung pengambilan pekerja, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, melalui portal yang bakal dibangunkan, masing-masing dapat mengetahui jumlah pekerja yang diperlukan dari segi penawaran dan permintaan dalam sektor strategik, pembinaan dan pembuatan umpamanya.
“Interaksi dua hala menerusi portal berkenaan adalah antara teknologi digital yang perlu dimanfaatkan bagi melakukan perbincangan selain perlu bersemuka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kemudahan pintu pagar automatik untuk warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Isnin.
Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga bersedia mengintergrasikan teknologi blok rantai yang dikatakan lebih telus terutama dalam pengurusan pekerja asing seperti saranan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Pihak KDN dan KSM bersedia mengguna pakai semua bentuk teknologi digital dan maklumat termasuk sistem block chain bagi memudahkan urusan berhubung perkara berkenaan (pengurusan pekerja asing),” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan teknologi blok rantai bagi perkhidmatan berkaitan dengan bidang tugas KDN.
Sumber: Astro Awani